Wednesday, April 7, 2010

::MenTaHniK BaYi::

AlhamduliLlah, masih menyedut udara free yang Allah bagi..

Semalam baru lepas ziarah Kak Kamsiah, seorang peguam syariah yang baru melahirkan puteri sulung beliau bernama Aisyah Humaira' (sedap kan nama dia hehe?). Tahniah ye Kak Kam sebab dapat baby girl. Bakal doktor ginekologi (sakit puan) katanya hehe.Apabila bayi baru lahir, nama yang baik perlu diberi. Bila sebut pasal baby yang baru lahir ni, perkara yang berlegar-legar di minda ni ialah pasal tahnik. So, mari kita bercerita sedikit sebanyak pasal tahnik yang merupakan salah satu sunnah Baginda SAW.

Tahnik bermaksud amalan memindahkan benda yang manis seperti kurma atau madu kepada lidah anak yang baru dilahirkan. Ana juga pernah dengar bahawa sunnah ditahnikkan bayi tersebut dengan emas, di samping benda manis tersebut. Antara hadith berkaitan dengan tahnik ialah:

  1. Dari Asma’ binti Abu Bakar bahawa dirinya ketika sedang mengandung Abdullah ibn Zubair di Mekah mengatakan, “Saya keluar dan aku sempurna kandunganku 9 bulan, lalu aku datang ke Madinah, aku turun di Quba’ dan aku melahirkan di sana, lalu aku pun mendatangi Rasulullah SAW, maka Baginda meletakkan Abdullah ibn Zubair di dalam kamarnya, lalu Baginda meminta kurma lalu mengunyahnya, kemudian Baginda memasukkan kurma yang sudah lumat itu ke dalam mulut Abdullah ibn Zubair. Dan itu adalah makanan yang pertama kali masuk ke mulutnya melalui Rasulullah SAW, kemudian beliau mentahniknya, lalu Baginda mendoakannya dan mendoakan keberkatan kepadanya.
  2. Daripada Abu Musa berkata: "Aku telah mendapat seorang anak lelaki dan aku telah membawanya kepada Rasulullah SAW, baginda menamakannya Ibrahim, melakukan Tahnik dengan buah kurma, berdoa kepada Allah supaya merahmatinya, kemudian baginda memulangkannya kembali kepadaku".(Direkodkan oleh Imam Bukhari, Bab: Aqiqah, hadis no. 376)
Kenapa Sunat Mentahnik Bayi Mengikut Pandangan Sains?

Bahawasanya kandungan zat gula “glukosa” dalam darah bayi yang baru lahir adalah sangat kecil, dan jika bayi yang lahir beratnya lebih kecil maka semakin kecil pula kandungan zat gula dalam darahnya.

Oleh karena itu, bayi prematang (lahir sebelum dewasa), yang beratnya kurang dari 2.5 kg, maka kandungan zat gulanya sangat kecil, di mana pada sebahagian kes adalah kurang dari 20 mg/100mL darah. Adapun anak yang lahir dengan berat badan di atas 2.5 kg maka kadar gula dalam darahnya biasanya di atas 30 mg/100 mL (ana masa lahir dulu 3.2 kg tak silap hehe).

Kadar seperti ini (20 atau 30 mg/100 ml darah) merupakan keadaan bahaya dalam ukuran kadar gula dalam darah. Hal ini boleh menyebabkan terjadinya pelbagai penyakit:
  • Bayi menolak untuk menyusu;
  • Otot-otot melemas;
  • Berhenti secara terus-menerus aktiviti pernafasan dan kulit bayi menjadi kebiruan;
  • Kontraksi atau kejang-kejang; 
Dan kadang-kadang juga boleh menyebabkan sejumlah penyakit yang berbahaya dan berpanjangan, seperti:
  • Insomnia (tidak boleh tidur);
  • Lemah otak;
  • Gangguan saraf;
  • Gangguan pendengaran, penglihatan, atau keduanya;
  • Kejang-kejang secara berpanjangan dan kronik.
Sekiranya penyakit-penyakit ini tidak segera diubati, ianya boleh menyebabkan kematian walhal penawarnya sangat mudah iaitu memberikan zat gula yang berbentuk glukosa melalui mulut bayi (tahnik) ataupun melalui suntikan melalui pembuluh darah.

Amalan sunnah ini merupakan antara pendidikan awal anak-anak yang diajar oleh Nabi untuk kita melakukannya. Bagi sesiapa yang mampu, selepas ini boleh diteruskan dengan mengadakan Aqiqah (minimum; anak lelaki=dua ekor kambing, anak perempuan= seekor kambing)..

SubhanaLlah.sunnah yang simple tetapi kesan yang mendalam. MasyaAllah..sesungguhnya apa yang diperkatakan atau dilakukan oleh RasuluLlah SAW adalah wahyu dari Allah kesemuanya.. I'm proud to be Muslim!!

No comments:

Post a Comment