AlhamduliLlah, diberi kekuatan dapat hadir usrah untuk minggu ni...
Setelah diusrahkan dengan pengisian (tajuk mengenai kepentingan jemaah dan keburukan menjauhkan diri dari jemaah serta perbezaan antara jemaah Islam dan parti Islam), perbincangan dibuka dan salah satunya ialah bab mengenai gurauan...Gurauan yang keluar dari lidah...
Pelihara Lidah
Ya, antara saah satu sifat seorang muslim ialah memelihara lidah. Semestinya kita harus memelihara lidah kita daripada mengumpat orang, menjadikan orang lain sebagai bahan ejekan, melawak berlebih-lebihan, bercakap kasar, mencaci, menghina, tertawa kuat, rajin nak komen orang lain dan seumpamanya. (muhasabah diri sendiri sebenarnya)
Pesan Nabi saw:
“Orang yang beriman itu bukanlah orang yang suka menuduh, suka melaknat, suka cakap yang kotor-kotor dan keji.” [Riwayat at-Tirmizi]
Golongan yang rajin komen orang lain ini agak bahaya juga bila mana dia suka mempertikaikan tindakan orang lain untuk menunjukkan pemikirannya adalah lebih baik dan perlu diberi perhatian. Selagi mana niat mereka adalah untuk menasihati, itulah yang terbaik. Menasihati dengan berhikmah terlebih baik lagi. Golongan seperti ini akan menjadi cermin untuk kita sentiasa bermuhasabah. Semestinya Allah akan menguji hambanya apa yang mereka katakan.
Bergurau
Bagi bergurau pula, adakah kita sedar bahawa Islam juga meletakkan garis panduan ketika bergurau senda. Bukankah Islam itu agama yang syumul?? Sedar atau tidak, kita kadang-kadang berbohong untuk membuatkan orang ketawa. Padahal, berbohong itu sama sekali dilarang dalam Islam. Hatta Nabi Muhammad sendiri pernah bergurau tetapi tidak sampai tahap menipu. Bukankah menipu itu berdosa??
“Sesungguhnya aku bersenda gurau dan aku tidak mengatakan, selain yang benar.”[Riwayat at-Tirmizi]
“Celakalah orang yang memperkatakan sesuatu agar orang lain ketawa, lalu dia berdusta. Celakalah untuknya. Celakalah untuknya.”[Riwayat Ibnu Abid-Dun-ya dari Abu Hurairah]
Rasulullah telah memberi kita contoh gurauan yang mengikut anjuran Islam. Misalnya, seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah S.A.W., meminta tunggangan daripada baginda kerana hendak pulang ke negerinya. Apabila Nabi mendengar permintaan lelaki itu, baginda bersabda:
“Sesungguhnya aku akan menunggangkanmu di atas anak unta.”
Padahal, pada waktu itu Nabi berkata demikian hanya untuk bergurau. Lelaki itu merasa susah hati kerana memikirkan bagaimana anak unta yang kecil dan lemah boleh ditunggang untuk perjalanan yang jauh. Lalu, lelaki itu berkata,
“Apa yang boleh aku buat dengan seekor anak unta? Kalau kamu berikan pada aku, tentulah menjadi beban dan hanya menambahkan kesusahan saja, sebab ia masih kecil dan tidak boleh ditunggang.”
Maka Rasulullah S.A.W. berkata,
“Adakah yang melahirkan unta itu selain daripada unta betina? Maka itulah yang mahu aku berikan kepadamu iaitu unta besar yang asalnya dilahirkan oleh ibunya.” [Riwayat Abu daud dan at-Tirmizi dari Anas, Hadis shahih]
Konsep double meaning telah digunakan oleh baginda untuk bergurau. Baginda bergurau tanpa menyelitkan sebarang unsur-unsur penipuan. Sambil menceriakan sahabat, kita juga mengikut sunnah.
Cara Penyelesaian
Oh ya, dalam memelihara lidah, cara terbaik sebenarnya ialah diam. Luqman al Hakim juga pernah menyebut bahawa diam itu adalah kebijaksanaan. Dengan diam, sebenarnya kita dapet mengelakkan dari bercakap perkataan-perkataan yang tidak baik. Bagi yang dah terlepas cakap (ana juga), mari kita beristighfar bersama-sama..AstaghfiruLlah al adzim, allazi la ila ha illa huwal hayyul qayyum wa atubu ilaik. Membaca saiyidul istighfar juga terlebih baik..
"Setiap pembicaraan anak adam adalah (saksi yang) memberatkannya, bukan untuk kebaikannya, kecuali Dzikrullah, Amr Ma'ruf dan Nahi Munkar "...
No comments:
Post a Comment