Tuesday, July 27, 2010

:: aSiD FoLiK ::

AlhamduliLlah, masih menghirup oksigen percuma, kurniaan ALlah...

Apa fungsi asid folik ea?? tanya seorang sahabat..hehe..almaklumlah, bunyi ala2 kimia. Tapi, memang bahan kimia pun..

                                                                 Struktur kimia asid folik

Asid folik merupakan vitamin larut air (0.0016 mg/ml pada 25 °C) dari kumpulan B iaitu B9.Ia juga dikenali dengan nama folat atau folasin..Perlunya asid folik dalam penghasilan sel darah merah, norefrinefrina dan serotonin (chemical yg ada dalam sistem saraf untuk penyambungan sinaps). Ianya berkesan apabila digabungkan dengan vitamin B12 dan vitamin C.

Banyak lagi kebaikan folat selain yang disebutkan di atas. boleh sambung baca kat wikipedia..hehe

Kurangnya folat bakal mengakibatkan anemia. Anemia kekurangan folat dan anemia kekurangan zat besi mempunyai simptom yang hampir sama iaitu keletihan dan kelesuan badan. Kekurangan folat yang sederhana juga akan membuatkan anda merengus atau lekas marah. Selain itu juga, kurangnya folat dalam badan akan menyebabkan sakit lidah, sakit di sekeliling mulut dan melambatkan tumbesaran pada kanak-kanak.

Bagi ibu yang mengandung pula, pengambilan folat juga boleh mengurangkan 70% risiko kecacatan pada bayi iaitu kecacatan saraf (NTD), otak (anencephaly) dan saraf tunjang (spina bifida). Anenchephaly adalah nama diberikan kapada bayi yang tidak mempunyai tisu otak dan akan mati sejurus sahaja ia dilahirkan. Spina bifida pula adalah kecacatan saraf tunjang yang boleh menyebabkan lumpuh, masalah usus, pundi kencing dan kecacatan otak.

Dos yang disarankan untuk asid folik ini diambil ialah sebanyak 400 mikrogram asid folik setiap hari.  Dan bagi ibu mengandung, disarankan mengambil 600-800 mikrogram/hari. Walaupun begitu, pengambilan asid folik melebihi dos, tidak mengakibatkan kesan buruk.

Sayur-sayuran hijau merupakan sumber yang kaya dengan folat. Selain itu, senarai bahan yang mengandungi asid folik adalah seperti berikut..

Mengandungi 100 – 200 mikrogram folat bagi setiap hidangan:
• Bayam(bayam), 1 cawan
• Kacang bendi, setengah cawan
• Asparagus, setengah cawan
• Lentil, setengah cawan
• Hati, 1 keping
• 11 kubis Brussels
• Kacang black-eyed beans, 4 sudu makan
• Emping bran, 7 sudu makan
• Germa gandum, 25g / 1 aun germa gandum
• Betik sederhana besar

Mengandungi 50 – 100 mikrogram folat bagi setiap hidangan:
• Brokoli kukus, 2 pucuk
• Buah oren saiz besar
• Nasi putih, setengah cawan
• Oat, setengah cawan
• Kacang merah, setengah cawan
• Jagung saiz besar, 1
• Biji bunga matahari, 1 aun

Sumber lain yang mudah didapati termasuklah telur rebus bersaiz besar, ikan salmon dalam tin dan ubi kentang tidak dibuang kulit.
 
Asid folik dalam makanan akan dimusnahkan jika ia terlebih masak, jadi masaklah dalam kuali bertutup dengan jumlah air mendidih yang minima. Selain jimat kos, zat pada makanan tak terbazir. Cuba makan sayur-sayuran yang dicelur atau mentah (ulam2).

2 comments:

  1. salam aina..
    thanks..akk pun makan asid folik..
    pengambilan asid folik ni blh diambil sebelum kahwin.. insyaAllah..tiada kesan sampingan..

    ReplyDelete
  2. w'salam wbh..
    tahniah kak farah=)...tak sempat2 nak wish..
    cakna sungguh bila jadik ibu mengandung ni huhu..
    betul2...hehe..bagus untuk baby insyaAllah...

    ReplyDelete