Monday, October 19, 2009

Mengemaskan pemikiran

Uish..lama betul tak update blog nih..tengok dah berhabuk la pulak... fuh2 (gaya buang habuk atas meja)..
Maaf buat sahabat2 (ada ke yg ziarah blog ni??? huhu)
Waktu2 sekarang waktu genting buat saya... Doakan saya dapat menghabiskan MSc in Biotechnology saya tahun ini juga... Ibu abah, insyaAllah angah struggle tahun ni...huhu...
Allah sahaja lah tempat saya meminta bantuan...
RaBbi yassir wa la tu'assir, RaBbi tammim bil khair...

Wednesday, July 22, 2009

Daerah Ini- Algebra

Daerah Ini
Munsyid : Algebra


Mereka kata kau akan sayu di daerah itu
Jawab aku selalu bersama Tuhanku
Kupasrah padaNya sehening tiupan salju
KernaNya aku rasa jitu dan mampu melebihi manusia beribu

Daerah ini daerah tenang sekalipun ada yang kata usang
Daerah ini daerah damai sekalipun sukar untuk sampai
Daerah ini daerah merdeka sekalipun ada yang memeranginya
Biarkan saja aku di daerah ini..

Kata mereka daerah mu itu jauh
Jawab ku pada Tuhan aku bersauh kukuh
Yang jauh itu jiwa yang mungkir
Padaku daerah ini amat hampir

Kata mereka daerah kau itu sepi
Jawabku aku tak pernah sunyi dengan alunan murni
Yang sepi itu jiwa yang inginkan pujian
Padaku cukuplah dengan irama keredhaan Tuhan

Daerahku ini daerah berpendirian
Berpaksikan firman Tuhan
Bukan hukum insan bukan gema sorakan bukan riuh tepukan

Daerah ini tak pernah peduli
Apa kata abdi atau pembesar negeri
Daerah ini berpasakkan Nabi
Bagindalah mimpi Bagindalah realiti..

Biarkan saja aku di daerah ini
Sekalipun ada yang tak gemari
Biarkan saja aku di daerah ini
Sendiri membawa diri & sanubari

Biarkan saja aku di daerah ini
Sekalipun ada yang tak gemari
Biarkan saja aku di daerah ini
Kerna aku mengerti ia amat suci dan abadi

Di daerah ini, biarlah aku..


**Tak tahu kenapa saya seringkali mengulang2 lagu ini dua tiga hari ni. Adakah liriknya agak simbolik berdasarkan kefahaman sendiri?? Mungkin saya berasa selesa mendengar lirik dan lagunya buat masa ini dan rasa ingin berkongsi. Tetapi, penggunaan gitar dalam kumpulannya membuat saya beranggapan bahawa mereka bukanlah munsyid yang syar'ie.

Mungkin kerana sifat malas yang melanda diri membuatkan saya lebih senang utk mendengar berbanding membaca. Wa na'udzubiLlah..moga dijauhkan sifat malas ini..penyakit2...penyakit umat zaman kini yang tiada ubatnya.


Gerhana Matahari Penuh

SubhanaLlah, berdasarkan maklumat dari internet, khabarnya hari ini berlakunya gerhana matahari penuh yang jatuhnya di India. Ianya adalah kesinambungan dari gerhana matahari annular/separa pada 29 Jan 2009.

Mari kita beramai-ramai solat sunat gerhana matahari.Bila lagi mahu mempraktikkan apa yag dipelajari semasa sekolah agama. Bagi yang terlupa, boleh layari di sini. Mari beramal, walaupun sedikit tetapi istiqamah.


"Strategi pertahanan yang terbaik adalah menyerang"

Berukhuwahlah kerana Ukhuwah itu Indah

AlhamduliLlah, saya masih diberi peluang untuk bernafas lagi di dunia ini. Berkat keizinan dariNya. Hati ini kadangkala sayu mengenangkan apa yang telah dilakukan sepanjang hidup ini. Tetapi tindakan mesti dibuat, tidak boleh hanya berasa sayu. Sekiranya hanya berasa sedih tanpa ada apa-apa tindakan, itu tanda terpedaya oleh nafsu dan syaitan.

MasyaAllah, saya terlupa yang saya dikelilingi oleh sahabat-sahabat yang soleh dan solehah. Dididik oleh ibu abah yang amat mementingkan pelajaran akhirat. Oleh itu, saya berharap agar saya sentiasa bersama sahabat-sahabat yang memahami dan matlamatnya bukan sahaja dunia ini. Bukankah kita juga akan berbau wangi sekiranya kita berkawan dengan penjual minyak wangi??? Dunia yang hanya persinggahan, yang hanya tempat bercucuk tanam yang mana hasilnya akan dituai di akhirat kelak.

Teringat kembali zaman saya mengambil degree di UTM, saya dikelilingi oleh kakak2 dan sahabiah2 yang amat memahami diri. Kami merancang bersama, pergi ke mana-mana pun bersama, tanpa tertinggal hatta seorang. Indahnya saat itu. Malangnya, sekarang dah jadi kakak pulak untuk adik2 bilamana usia semakin menginjak naik. Dan kini, hanya menghitung hari untuk menyediakan diri, membebaskan sayap keluar dari bumi UTM.

AlhamduliLlah, mnggu lepas berkesempatan untuk bersama sahabat-sahabiah berprogram di Nurfa Farmstay, Gunung Pulai. Amat menggembirakan hati bila mana dapat bersama-sama dengan sahabat yang ingin mendapatkan keredhaan Allah sebagai matlamat hidup.



Inilah wajah sahabat-sahabat yang banyak mendekatkan saya denganNya, RaBbul 'izzati, pemilik alam. Kami bergambar selepas penat membanting tulang mengerjakan pulasan, durian, rambai dan rambutan dari dusun seorang makcik yang baik hati di sana.

Indahnya bila kita berukhuwah. Segala gerak kerja menjadi mudah, kita akan enjoy our work. Ye la, bilamana berat sama dipikul, ringan sama dijinjing, yang susah akan jadi senang dan mudah. Terasa kebersamaan. Bila ukhuwah mantap, rasa sentiasa berlapang dada dengan sahabat semakin tinggi.

Oh yer, tidak lupa juga, saya nak mempromosikan program NISA' in the morning (NiTM) yang akan diadakan di Hutan Bandar Mutiara Rini, pada hari Ahad, 26 Julai 2009. Di sana insyaAllah akan diadakan senaman ruhul jadid dan sukaneka sedikit jika masa tak mencemburui kerana selepas itu, kita akan beramai-ramai ke Kuliah Ustaz. Syukran.


"Strategi pertahanan yang terbaik adalah dengan menyerang"

Tuesday, July 14, 2009

Wedding Day

AlhamduliLlah, tanggal 11 Julai hari tu, satu lagi "masjid" telah dibina. Sepupuku (k.long asni) telah diijabkabulkan bersama pasangannya, abg yazid.


Selamat menempuh alam baru yang penuh cabaran. Hanya doa yang mampu kuiringkan dengan hadiah yang tak seberapa.

Lihat, kek-kek comel menjadi cenderahati bg seseiapa yg datang memeriahkan, tidak seperti selalunya yang mana terdapat bungkusan2 nasi minyak (kebiasaan di Johor esp. Jawa)

Apa je yang patut kudoakan buat mereka ea??Di sini ada sedikit kisah mengenai doa untuk pengantin baru:

Di dalam sebuah hadith, telah diriwayatkan bahawa Aqil Ibnu Ali Abi Talib r.a. telah menikahi seorang wanita dari kalangan Bani Jusham. Lalu orang ramai datang dan berkata, “Semoga berbahagia dan ramai anak.

Mendengar yang demikian Aqil berkata, “Janganlah kamu mengatakan demikian, kerana sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah melarang yang demikian.”

Mereka lalu bertanya, “Jika demikian, apakah yang patut kami katakan wahai Abu Yazid?”

Aqil menjawab, “Katakan "Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu". Begitulah yang diperintahkan kepada kita”.

Di dalam sebuah hadith riwayat Imam Bukhari, diceritakan Rasullulah s.a.w. ternampak kesan Sufrah (sejenis wangian berwarna kuning) di baju Abdul Rahman Bin Auf r.a. lalu beliau bertanya, “Apakah ini?”

Abdul Rahman r.a. menjawab, “saya telah mengahwini seorang wanita dan telah membayar mas kahwin seberat sebiji kurma.”

Rasulullah s.a.w. bersabda, “ semoga kamu diberkati". Adakan walimah walaupun dengan seekor kibash”

Menurut Abu Hurairah r.a. apabila mendoakan seseorang yang baru berkahwin, Rasulullah s.a.w. akan berkata, “Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu dan menghimpunkan kedua kamu di dalam kebaikkan”.

Menurut Imam Nawawi di dalam Al-Azkar adalah disunatkan kita mengucapkan seperti ucapan-ucapan Rasulullah s.a.w. di atas. Menurut beliau lagi, adalah makruh kita mengucapkan “Semoga berbahagia dan banyak anak”.

Mana tidaknya, kehidupan pasangan yang diberkatiNya sudah tentu gembira dan bahagia. Sedangkan kehidupan pasangan yang gembira dan bahagia, belum tentu mendapat keberkatanNya.

Congratulation also to my aunt and uncle coz had prepared that grand wedding party. Thanks also for that cute little cup cake. Sorry, I can't display that cute cup cake here (takut sume jeles, comel sangat). Juz a little bit regret coz can't obstruct the karaoke session at that night huhu.

What ever pun, majlis-majlis sebegini lah yang akan mengeratkan lagi hubungan antara sesama keluarga khususnya. Yang jauh kita dekat-dekatkan, yang dekat kita erat-eratkan..

For my parent (Ahmad Rifa'i and Siti Asma). Happy Wedding Anniversary (14th July). I'm proud to be a part of both of your life. From both of you, I may know the meaning of life. Thanks Allah for this pleasure.

Wednesday, July 1, 2009

Pagi Yang Ceria

AlhamduliLlah, bulan Rejab dah menjelma..Banyak pluang untuk tambah pahala terbuka luas..InsyaAllah..Semoga tahun ni lebih baik dari tahun lepas..

REJAB bulan menabur benih. SYAABAN bulan menyiram tanaman. RAMADAN bulan menuai.
REJAB menyucikan badannya. SYAABAN menyucikan hatinya. RAMADAN menyucikan rohnya
REJAB bulan taubat. SYAABAN bulan muhibbah. RAMADAN dilimpahi pahala amalan.

Hmm...
Sebenarnya, banyak yang berlaku dua tiga minggu ni..Dua minggu lepas, involve ngan program kat Maahad Muar..mm..tamau comment lebih2..Moga adik2 Maahad dapat input dari program tu..Rindu juga ngan adik2..

Oh yer, bulan Julai ni jugak:
5 Julai: Birthday Husna (Rummet kat L04)
13 Julai: Birthday Abah
14 Julai: Wedding anniversary ibu dan abah

Lepas tu, balik rumah seminggu..Tunaikan tanggungjawab pada family..Tapi rasanya macam makin menyusahkan jer hehe. So balik la UTM..Bila balik UTM smula, kena uruskan penempatan, angkut barang dan sebagainya..Agak memenatkan..Rasa tulang macam dah rapuh aka osteoporosis..hehe..Nak elakkan osteoporosis?? Buleh cuba makan makanan yang kaya dengan sumber kalsium:
· Makanan daripada sumber tenusu terutama susu, keju, dadih (dadih jer yg best)
· Ikan sardin tin (ada org tak makan sardin e.g: Kak An)
· Makanan laut seperti tiram (tapi makanan laut pun tinggi iodin)
· Sayuran seperti brokoli, kubis, tauge (kalau Qila, die tak makan tauge coz malas nak buang ekor tauge katanya)
· Buah-buahan seperti oren Kekacang, Tauhu (Yg best: tauhu sumbat, taufu fah)


Pada 28 Jun hari tu, adik yang ketiga berjaya mendaftarkan diri di KTDI, UTM..seronok benar die dapat UTM..Dekat dengan rumah katanya (buleh selalu balik rumah)..Alfun mabruk buat Aqilah..Tak lupa jugak buat Wan, dapat kat UTM jugak..

Apa-apa pun, semoga semua orang pun ceria pada pagi ni..

Ambillah Tauladan dari Sirah Sultan Muahammad al Fateh

Ia mengisahkan tentang pembukaan Constantinople (kini Istanbul di Turki) oleh tentera Uthmaniyyah
(Ottoman) Turki di bawah pimpinan Sultan Muhammad Al Fatih (dikenali juga dengan nama Sultan Muhammad II atau Muhammad The Conqueror). Sultan Muhammad Al Fatih merupakan seorang pemimpin yang hebat. Perihal tentang baginda pernah disebut Rasulullah SAW di dalam satu Hadisnya.

Sabda Rasulullah SAW ketika menggali Parit Khandaq; “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……”
(Hadis riwayat Imam Ahmad)

Berikut, saya paparkan semula sejarah ringkas kehidupan Sultan Muhammad al Fatih & pembebasan Constantinople. Sebelum itu, setinggi-tinggi penghargaan buat penulis asal artikel ini. Semoga dapat terus dimanfaatkan oleh umat Islam dalam menghayati sirah dan seterusnya meningkatkan semangat dalam perjuangan Islam yang tercinta ini.

Apabila Nabi Muhammad s.a.w. menyebut bahawa Constantinople akan dibuka oleh raja dan tentera terbaik, kerajaan Islam sepanjang zaman telah berusaha menjadikannya kenyataan. Selepas cubaan selama 800 tahun, barulah ia berlaku. Hagia Sophia (Aya Sofiya) di Istanbul simbol kejayaan Sultan Muhammad Al Fatih membuka Constantinople. Sekalipun tentera Islam telah menduduki pusat pemerintahan Byzantine itu, monumen berharga seperti Hagia Sophia tidak dimusnahkan, sebaliknya mengekalkannya sebagai masjid.

SULTAN MUHAMMAD AL FATIH

Umat Islam berlumba-lumba membebaskan Constantinople untuk mendapatkan penghormatan yang dijanjikan oleh Allah SWT di dalam Hadis Rasulullah tersebut. Walau bagaimanapun, kesemua kempen yang dilancarkan menemui kegagalan. Diantaranya, 5 kempen di zaman Kerajaan Umayyah, 1 kempen di zaman Kerajaan Abbasiyah dan 2 kempen di zaman Kerajaan Uthmaniyyah.

Di dalam salah sebuah kempen semasa zaman Kerajaan Umayyah, seorang sahabat besar Nabi SAW iaitu Abu Ayyub Al Ansary RA telah syahid dan dimakamkan di bawah dinding kubu Kota Constantinople di atas wasiatnya sendiri. Apabila ditanya kenapa beliau ingin dimakamkan di situ maka beliau menjawab, “Kerana aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Constantinople”.Begitulah teguhnya iman seorang sahabat besar Nabi saw.

Hadis Nabi saw ini direalisasikan hampir 800 tahun kemudiannya oleh Sultan Muhammad Al Fatih, khalifah ke-7 Kerajaan Uthmaniyyah dan 150,000 orang tenteranya.

Siapakah Sultan Muhammad Al Fatih? Apakah kehebatan Baginda dan tentera-tenteranya sehingga disebut “sebaik-baik raja” dan “sebaik-baik tentera” di dalam Hadis tersebut.

PENGENALAN

Baginda dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi di Adrianapolis (sempadan Turki - Bulgaria). Walau bagaimanapun, sejarah hidup baginda sebenarnya telah bermula hampir 800 tahun sebelum kelahirannya kerana telah disebut sebagai “sebaik-baik raja” di dalam Hadis tadi. Baginda juga dikenali dengan gelaran Muhammad Al Fatih dan Muhammad The Conqueror kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.
Baginda menaiki takhta ketika berusia 19 tahun dan memerintah selama 30 tahun (1451 – 1481). Baginda merupakan seorang negarawan ulung dan panglima tentera agung yang memimpin sendiri 25 kempen peperangan. Baginda mangkat pada 3 Mei 1481. Ada ahli sejarah berpendapat
baginda mangkat diracun.

PENDIDIKAN

Baginda menerima pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu. Di dalam bidang keagaman, gurunya adalah Syeikh Shamsuddin Al Wali dikatakan dari keturunan Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq ra. Di dalam ilmu peperangan pula, baginda diajar tentang tektik peperangan, memanah dan menunggang kuda oleh panglima-panglima tentera.
Di dalam bidang akademik pula, Baginda adalah seorang cendekiawan ulung di zamannya yang fasih bertutur dalam 7 bahasa iaitu Bahasa Arab, Latin, Greek, Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew. Di dalam bidang Ilmu Pemerintahan pula, ayahanda Baginda , Sultan Murad II, dengan tujuan mendidik, semasa pergi bersuluk ke Pulau Magnesia, telah melantik Baginda yang baru berusia 12 tahun memangku jawatan Khalifah. Dalam usia semuda ini Baginda telah matang menangani tipu helah musuh.

KEPERIBADIAN

Baginda sentiasa bersifat tawadhu’ dan rendah diri . Semasa membina Benteng Rumeli Hissari, Baginda membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga ulamak-ulamak dan menteri-menteri terpaksa ikut sama bekerja. Baginda seorang yang sentiasa tenang, pendiam, berani, sabar, tegas dan kuat menyimpan rahsia pemerintahan. Baginda sangat cintakan ulamak dan selalu berbincang dengan mereka tentang permasalahan negara.

PERSIAPAN AWAL MEMBEBASKAN CONSTANTINOPLE

Selama 2 tahun selepas menaiki takhta, baginda mengkaji pelan Kota Costantinople setiap malam bagi mengenal pasti titik kelemahannya. Baginda juga mengkaji sebab-sebab kegagalan kempen-kempen terdahulu serta berbincang dengan panglima-panglima perangnya tentang tentang strategi yang sesuai untuk digunakan.

Baginda mengarahkan dibina peralatan perang termoden seperti meriam besar yang boleh menembak bom 300 kg sejauh 1 batu. Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5 batu dari Kota Constantinople dimana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit. Ia dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim dahulu. Benteng ini mengawal rapi kapal-kapal yang melintasi Selat Bosphorus. Perjanjian damai dibuat dengan pihak Wallachia, Serbia dan Hungary untuk memencilkan Constantinople apabila diserang nanti.

Baginda membawa bersama para ulamak dan pakar motivasi ke medan perang bagi membakar semangat jihad tenteranya. Sebaik sahaja menghampiri dinding kubu Kota Constantinople, Baginda mengarahkan dilaungkan Azan dan solat berjemaah. Tentera Byzantine gentar melihat 150,000 tentera Islam bersolat di belakang pemimpin mereka dengan laungan suara takbir memecah kesunyian alam.

MELANCARKAN SERANGAN KE ATAS CONSTANTINOPLE

Setelah segala persiapan lengkap diatur, Baginda menghantar utusan kepada Raja Bizantin meminta beliau menyerah. Keengganan beliau mengakibatkan kota tersebut dikepung. Pada 19 April 1453, serangan dimulakan. Kota tersebut dihujani peluru meriam selama 48 hari. Setengah dinding luarnya rosak tetapi dinding tengahnya masih teguh.

Menara Bergerak

Seterusnya Baginda mengarahkan penggunaan menara bergerak yang lebih tinggi dari dinding kubu Byzantine dan memuatkan ratusan tentera. Tentera Byzantin berjaya memusnahkan menara tersebut setelah ianya menembusi dinding tengah kubu mereka.

Bantuan Dari Pope Vatican

Pope di Rome menghantar bantuan 5 buah armada yang dipenuhi dengan senjata dan tentera. Perairan Teluk Golden Horn direntang dengan rantai besi untuk menghalang kemaraan armada Usmaniyah. Ini menaikkan semula semangat tentera Bizantin.

Melancarkan Kapal Perang Dari Puncak Gunung

Kegembiraan mereka tidak lama. Keesokan paginya, mereka dikejutkan dengan kehadiran 72 buah kapal perang Usmaniyah di perairan Teluk Golden Horn. Ini adalah hasil kebijaksanaan Baginda mengangkut kapal-kapal ke atas gunung dan kemudian diluncurkan semula ke perairan Teluk Golden Horn. Tektik ini diakui sebagai antara tektik peperangan (warfare strategy) yang terbaik di dunia oleh para sejarawan Barat sendiri. Kapal-kapal itu kemudiannya membedil dinding pertahanan belakang kota.

Kapal-kapal perang tentera Byzantin habis terbakar kerana bedilan meriam Uthmaniyah. Pertahanan Byzantin menjadi semakin lemah. Baginda mengambil kesempatan pada malamnya dengan memberikan semangat kepada tenteranya serta mengingatkan mereka kepada Hadis Rasulullah saw dan bersama-sama berdoa kepada Allah swt.

Memanjat dan Melastik Dinding Kota

Keesokan paginya tentera Usmaniyah cuba memanjat dinding dalam kubu dengan tangga dan cuba merobohkannya dengan lastik besar. Tentangan sengit pihak Byzantin menyebabkan ramai yang syahid. Baginda memerintahkan tenteranya berundur dan bedilan meriam diteruskan sehingga tengahari.

Karisma Seorang Pemimpin

Pengepungan selama 53 hari tanpa sebarang tanda-tanda kejayaan telah menimbulkan rasa bosan dan menghilangkan keyakinan tentera Baginda. Pada saat yang genting ini Baginda berucap menaikkan semangat tenteranya, “Wahai tenteraku, aku bersedia untuk mati di jalan Allah. Sesiapa yang mahu syahid ikutlah aku!”.
Mendengarkan itu, Hasan Ulubate, salah seorang tentera Baginda mengetuai sekumpulan kecil 30 tentera membuka dan melompat masuk ke dalam kubu musuh lantas memacak bendera Islam di situ. Mereka kesemuanya gugur syahid setelah dihujani anak panah musuh. Kemudian tentera-tentera Islam menyerbu bertali arus menembusi barisan pertahanan Byzantin sambil melaungkan kalimah AllahuAkbar.

Penawanan Constantinople

Pada 29 Mei 1453, Kota Constantinople jatuh ke tangan Islam. Baginda menukar namanya kepada Islambol (Islam keseluruhan) . Gereja Besar St Sophies ditukar kepada Masjid Aya Sofiya. Baginda dengan tawadhuknya melumurkan tanah ke dahinya lalu melakukan sujud syukur. Semenjak peristiwa inilah baginda diberi gelaran “Al Fatih” iaitu yang menang kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.

SEBAIK-BAIK RAJA DAN SEBAIK-BAIK TENTERA
Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, “Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!”. Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.

Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!”. Sebahagian daripada tenteranya duduk.

Kemudian Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!”. Kali ini semuanya duduk, kecuali Sultan Muhammad Al-Fatih sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajjud sejak baligh . Inilah dia anak didikan Syeikh Shamsuddin Al Wali. Bagindalah sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah saw di dalam Hadisnya itu.