Saturday, April 7, 2012

:: MeNcARi WakTu MeNaMBaH 'ILmU ::

AlhamduliLlah, diri ini masih diberi peluang oleh Allah untuk terus menghirup oksigen, bukannya karbon dioksida, mahupun inhaler yang digunakan oleh orang yang mengidap asthma (walaupun terkadang tanpa sedar diri ini melakukan kerosakan di atas muka bumi yang dah semakin tua ini).. AlhamduliLlah 'ala kulli hal ya ALlah.. Okay, cuba bayangkan sekiranya kita (manusia) menyedut ozon (O3), dan bukannya gas oksigen (O2) -seperti yang dipelajari sejak dari darjah 4 dulu :) Anda rasa apa yang akan berlaku kepada anda dan dunia seisinya..?? Okay, saya bagi ruang untuk anda mencari hikmahnya :') Kerana hikmah itu adalah barang peninggalan orang mukmin...

........... ops, cukup la tu, saya rasa macam nak sambung menaip ni (bagi yang rasanya tidak mahu meneruskan pembacaan, saya ingin mengingatkan yang saya tidak memaksa ya..!!! Diulangi sekali lagi, tiada paksaan dalam pembacaan blog ini :)

Baru-baru ni baru khatamkan buku bertajuk "Quran Saintifik" karangan Dr. Danial Zainal Abidin walaupun dah memiliki buku tersebut lebih dari setahun (inilah parahnya bila dah tak rajin selak-selak bahan bacaan sendiri).. Selalunya nampak bahan bacaan orang lain jer bak kata pepatah Melayu "kuman seberang laut nampak, gajah depan mata tak dihirau".. Oh, apakah yang sedang berlaku..

Kita teruskan ya.. Buku ini memberi pendedahan tentang kebenaran al Quran dan pembuktian dari sudut saintifiknya.. (Thumbs up..!!!) Antaranya ialah apa hikmahnya kita berpuasa, pembuktian bahawa manusia tidak menepati teori Darwin (yang katanya manusia berasal dari beruk..) Oh, apakah..?? Mengapa kita hanya makan makanan yang halal (yang disembelih dengan nama Allah).. Dan lain-lain lagi.. Buku ini memang memberi banyak input secara saintifik (Bagus untuk mendapat bahan untuk berhujjah dengan atheis dan yang sewaktu dengannya).. Begitu telitinya Allah dapat dibuktikan dalam kejadian insan, kejadian 'alam.. Dan semestinya al Quran itu merupakan mukjizat Allah yang nyata.. SubhanaLlah.. Mari sebarkan 'ilmu itu.. Ingin menjadi seorang daie yang mantap.. Tapi (T_T)

Sebenarnya, nak pesan kat tuan blog ni, tambahkan speed, kerajinan anda dalam pembacaan, takut nanti, terkulat-kulat masa usrah :) Dan pembacaan ini penting untuk kelangsungan dakwah.. Ahha, saya teringat pada seorang senior saya yang sangat saya sayangi semasa masih menuntut di UTM, dia memang seorang yang sangat saya kagumi, dia seorang yang suka membaca (bukan, sebenarnya dia seorang yang saaaaangaaaat suka membaca) dan hadiah-hadiah yang diberikannya kepada sahabat-sahabatnya (tak kira lah sama ada majlis perkahwinan, majlis ulang tahun, majlis cukur jambul, majlis sambut menantu, dan juga pada waktu-waktu yang dirasakan perlu) selalunya ialah buku.. buku.. dan buku.. Ya..!! Tidak lain dan tidak bukan hanyalah buku..!! (bukan mukabuku yer, and of coz buku 'ilmiah...!!!) Kesannya, saya rasa dia seorang yang sangat berhikmah dalam pertuturan, sangat lembut dalam perbuatan, dan sering memberi pendapat yang bernas dalam menyuarakan pandangan... *oh, memang saya sangat merinduinya, rindu sama-sama bermusafir bersamanya.. tapi apakan daya, dia telah mempunyai keutamaan lain (T_T) <-- inilah indahnya ukhuwah :)

Okay, please jangan emo (pesan kat diri sendiri) :) Kita stop di sini dulu la, nak bertafakur sekejap..(kalau kat pamplet camp, diorang akan tulis ibadah sunyi..) haha..!!  Sebelum memulakan hari esok, saya nak minta maaf atas salah dan silap sekiranya ada tersalah bicara, tersalah mengeja dll.. *Memaafkan orang lain sebelum tidur memberi kesan keceriaan pada diri kita keesokan hari.. Ops, terlepas cakap pulak nak pi take a nap.. Apa-apa hal pun, jangan lupa baca doa, 3 Qul, selawat, zikir Saidatina Fatimah R. A. dan kalau rajin, bacalah surah al Mulk :) Selamat memulakan hari dengan lebih ceria dan diberkati..!!

Hipotesis: Semakin meningkat kerajinan anda untuk membaca, semakin meningkat keinginan untuk mengetahui apa yang masih kita belum ketahui.. (means semakin banyak yang kita tak tahu).. Anda setuju...???

No comments:

Post a Comment