Thursday, December 23, 2010

Iman Islam Ehsan by Hijjaz


Bersaksi dua kalimah
Lafazkan dengan sepenuh keyakinan
Tiada Tuhan selain ALLAH
Nabi Muhammad pesuruh ALLAH

Berikrar dengan syahadah
Iktikad dengan seluruh kebulatan
Bersandar pada Al-Quran
Sunnah RasululLah itulah panduan

Iman, Islam jua ehsan
Kesatuan rumpun Islam
Aqidah, Syariat, Hakikat
Jangan terpisah

Tidak sempurna keimanan tanpa keIslaman
KeIslaman tanpa Iman kan jadi rapuh
Ehsan itu penghayatan
Rasa takut dan kehambaan
Beribadah bagai melihat ALLAH

Sungguh indah kehidupan dengan bersyariat
Rukun Iman, Rukun Islam asas ajarannya
Amalan hati dizahirkan
Dengan budi dan kemuliaan
Islam itu rahmat seluruh alam

Thursday, December 16, 2010

.: iSTimEwA HaRi AsYuRa :.


Assalamualaikum wbh sahabat semua..AlhamduliLlah, ana masih dapat menghirup O2(oksigen) yg diberi oleh RaBbul 'izzati, pemilik alam maya secara percuma...AlhamduliLlah juga kerana masih dapat meraikan Tahun Baru 1432H dan pastinya banyak penambahbaikan perlu dibuat selepas bermuhasabah mengenai tahun sebelumnya :( ...Oouh, apakah azam tahun baru ana??teringin nak tahu??please pm me...hehe


Sirah Hijraturrasul dari Mekah ke Madinah sememangnya banyak memberi pengajaran dan pelbagai ‘ibrah semestinya dapat digarap daripadanya. Bersempena dengan hari tasu'a (9 & 10 Muharram), ana nak berkongsi sket la something...Hopefully it can benefit all of you my dear friend :)…

Antara Perkara-Perkara yang Sunat (buat dapat pahala, tinggal tak dapat apa2) dilakukan pada Hari Asyura (10 Muharram):

· Melapangkan masa @ belanja anak, suami & isteri-isteri
fadhilat - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

· Memuliakan fakir miskin
fadhilat - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.

· Menahan marah
fadhilat - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang ridha.

· Menunjukkan orang sesat
fadhilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.

· Menyapu / mengusap kepala anak yatim
fadhilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.

· Bersedekah
fadhilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

· Memelihara kehormatan diri
fadhilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

· Mandi Sunat
fadhilat - Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu
lafaz niat : 'Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala'

· Bercelak
fadhilat - tidak akan sakit mata pada tahun itu.

· Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali
fadhilat - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti.

· Sembahyang sunat empat rakaat
fadhilat - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. lafaz niat : 'Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala'. Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.

· Membaca 'HasbiyaLlahhu wani'mal wakil wa ni'mal maula wa ni'mannasiiru'
fadhilat - Tidak mati pada tahun ini .

· Menjamu orang berbuka puasa
fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

· Puasa
Niat - 'Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala'
fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.


Dalam bulan Muharram, umat Islam adalah digalakkan untuk berpuasa dan melakukan perkara-perkara sunat seperti yang tertera di atas berdasarkan hadis ini:

Dari Ibnu Abbas r.a berkata RasuluLlah S.A.W bersabda : " Sesiapa yang berpuasa pada hari Asyura (10 Muharram) maka Allah S.W.T akan memberi kepadanya pahala 10,000 malaikat dan sesiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka akan diberi pahala 10,000 orang berhaji dan berumrah, dan 10,000 pahala orang mati syahid, dan barang siapa yang mengusap kepala anak-anak yatim pada hari tersebut maka ALlah S.W.T akan menaikkan dengan setiap rambut satu darjat. Dan sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa pada orang mukmin pada hari Asyura, maka seolah-olah dia memberi makan pada seluruh umat RasuluLlah S.A.W yang berbuka puasa dan mengenyangkan perut mereka."

Lalu para sahabat bertanya RasuluLlah S.A.W : " Ya RasuluLlah S.A.W, adakah ALlah telah melebihkan hari Aasyura daripada hari-hari lain?". Maka berkata RasuluLlah S.A.W : " Ya, memang benar, ALlah Taala menjadikan langit dan bumi pada hari Asyura, menjadikan laut pada hari Asyura, menjadikan bukit-bukit pada hari Asyura, menjadikan Nabi Adam dan juga Hawa pada hari Asyura, lahirnya Nabi Ibrahim juga pada hari Asyura, dan ALlah S.W.T menyelamatkan Nabi Ibrahim dari api juga pada hari Asyura, ALlah S.W.T menenggelamkan Fir'aun pada hari Aasyura, menyembuhkan penyakit Nabi Ayyub a.s pada hari Asyura, ALlah S.W.T menerima taubat Nabi Adam pada hari Asyura, ALlah S.W.T mengampunkan dosa Nabi Daud pada hari Aasyura, ALlah S.W.T mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman juga pada hari Asyura, dan akan terjadi hari kiamat itu juga pada hari Asyura !".

Oh ye, macam mana nak bepuasa pada bulan Muharam ni yer?? (monolog) Kan selalu puasa Isnin-Khamis dan puasa pada hari putih (13, 14 dan 15hb setiap bulan- mengikut Kalendar Hijriyah).

Di sini, terdapat beberapa cara untuk melaksanakan ibadah puasa bersempena dengan Hari Asyura iaitu:

i. Berpuasa pada hari ‘Asyura’ sahaja.

ii. Berpuasa pada hari Tasu‘a’ (9 Muharram) dan pada hari ‘Asyura’.

iii. Berpuasa pada hari ‘Asyura’ dan pada 11 Muharram.

iv. Berpuasa pada hari Tasu‘a’ (9 Muharram) , hari ‘Asyura’ dan 11 Muharram. Gandingan berpuasa tiga hari ini (9,10,11 Muharram) adalah digemari sebagaimana yang disebutkan oleh Imam asy-Syafi‘e Rahimahullah.

Umat Islam digalakkan untuk mendahuluinya (puasa Hari Asyura) dengan puasa Tasu’a (9 Muharram). Antara hikmahnya ialah:-


i. Sebagai langkah berhati-hati pada pengiraan awal bulan Muharram. Ini kerana ditakuti jika berlaku sedemikian, maka kemungkinan sahaja hari yang dikira sebagai Tasu‘a’ adalah sebetulnya hari ‘Asyura’.

ii. Agar umat Islam tidak menyerupai orang Yahudi yang berpuasa pada hari ‘Asyura’ sahaja.

iii. Menyambung puasa hari ‘Asyura’ dengan satu hari puasa yang lain kerana tegahan RasuluLlah S.A.W. untuk berpuasa satu hari satu-satunya sahaja seperti berpuasa pada hari Jumaat. Walaupun begitu, tidaklah menjadi apa-apa jika hanya berpuasa sehari sahaja pada hari Asyura.

Cara-cara tersebut adalah berdasarkan kepada dalil:

“Bahawasanya Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam ditanya tentang puasa Asyura, maka baginda bersabda: Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu”. (Hadis Riwayat at-Tirmizi)

“Semasa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam berpuasa pada hari Asyura dan menyuruh orang ramai berpuasa, maka para sahabat bertanya: Ya RasuluLlah! Asyura adalah hari yang diagung-agungkan oleh orang-orang Yahudi dan Nasrani. Maka baginda bersabda: Jika datang tahun hadapan kita akan berpuasa pada hari Tasu’a (hari ke-9 di bulan Muharam). (Berkata Ibn Abbas:) Maka belum tiba tahun hadapan, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam telah wafat”. (Hadis Riwayat Muslim dan Abu Daud)

Baiklah, kesimpulannya sahabat2, mari kita puasa pada 9, 10 n 11 Muharram insyaALlah…Jom kejar SYURGA ALLAH!!!


Puasa…
Penyuci diri dan nurani
Pembersih akal dan penghias peribadi
Andai niat tersasar selain dari kerana Tuhan
Bakal sia-sia puasa seharian….

Asyura…
Tarikhmu tersimpan pelbagai sirah
Susunan kisah yang perlu diambil ‘ibrah
Anugerah Allah buat umat Muhammad
Hargainya dengan melakukan amalan sunat tanpa penat…

Wednesday, October 20, 2010

::s.E.N.d.I d.A.H L.o.N.g.G.A.r::

BismiLLahirrahmanirrahim....

AlhamduliLlah, masih bernafas di atas muka bumi Allah...
Banyak perkara berlaku sepanjang 3 bulan ni...
Banyak sangat berehat membuat kita terleka...
Tiada istilah rehat dalam membuat amal Islami....


:)

Wednesday, July 28, 2010

.. c.O.o.K.i.E.s ..

Saya suka makan cookies...Saya suka makan cookies...Saya suka makan cookies...


                                                            Gambar hiasan jerr...

Bahan-bahan ( 100 biji )
  • 450g tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 250g mentega
  • 115g gula halus
  • 110g gula perang
  • 100g chocolate chips
  • 3 sudu besar cocoa powder
  • 250g gajus/ badam(panggang dan cincang halus)
  • 1 sudu kecil baking soda
Cara-cara
  • Pukul mentega dan gula sampai kembang
  • Masukkan telur dan pukul lagi
  • Masukkan tepung+baking soda yg telah diayak, sedikit demi sedikit dan juga chocolate chips dan kacau
  • Masukkan gajus/ badam dan kacau lagi
  • Buat bulat kecik-kecik dan tekan dengan garfu atau apa-apa bentuk yang disukai
  • Bakar dalam oven pada suhu 160 degree C selama 15 minit

Oven Kak Zie bakal menjadi mangsa saya...

.: pLaSTicWaRE :.

AlhamduliLlah, masih dikurniakan nikmat penglihatan yang amat mahal harganya.. MasyaAllah, banyaknya bahaya di sekeliling kita.. Kali ni, bahaya plasticware dalam kehidupan....

Please check this symbol under the plasticware:


 Botol air biru saya mempunyai simbol no 5 (PP)..Kita lihat apakah botol air tersebut sesuai untuk saya ulang2 pakai??? JOMs tengok....

Apakah arti dari simbol-simbol yang kita temui pada berbagai produk plastik?

#1. PETE atau PET (polyethylene terephthalate) biasanya dipakai untuk botol plastik yang jernih/telus cahaya/tembus pandang seperti botol air mineral, botol jus, dan hampir semua botol minuman lainnya. Botol-botol dengan bahan #1 dan #2 disarankakan hanya untuk sekali pakai. Jangan pakai untuk air suam apalagi panas. Ouch..

#2. HDPE (high density polyethylene) biasanya dipakai untuk botol susu yang berwarna putih susu. Sama seperti #1 PET, #2 juga disarankan hanya untuk sekali pemakaian.

#3. V atau PVC (polyvinyl chloride) adalah plastik yang paling sukar dikitar semula. Plastik ini biasa digunakan sebagai plastik pembungkus (cling wrap), dan botol-botol. Kandungan dari PVC iaitu DEHA yang terdapat pada plastik pembungkus boleh terbocor dan masuk ke makanan berminyak bila dipanaskan. PVC berpotensi berbahaya untuk ginjal, hati dan berat badan.

#4. LDPE (low density polyethylene) biasa dipakai untuk tempat makanan dan botol-botol yang lembek. Barang-barang dengan kode #4 dapat dikitar semula dan baik untuk barang-barang yang memerlukan fleksibiliti tetapi kuat. Barang dengan #4 biasanya tidak dapat dilupuskan tetapi tetap baik untuk tempat makanan.

#5. PP (polypropylene) adalah pilihan terbaik untuk bahan plastik terutama untuk yang berhubungan dengan makanan dan minuman seperti tempat menyimpan makanan, botol minum dan terpenting botol minum untuk bayi. Ciri-ciri biasa botol tersebut ialah telus cahaya yang tidak jernih atau cloudy. Cari simbol ini bila membeli barang berbahan plastik. YEA YEA!!! AlhamduliLlah, esok boleh pakai lagi botol air biru yang ada straw tu...

#6. PS (polystyrene) biasa dipakai sebagai bahan tempat makan styrofoam, bekas minuman yang dipakai sekali, dll. Bahan Polystyrene bakal membebaskan bahan styrine ke dalam makanan ketika makanan tersebut bersentuhan. Bahan Styrine berbahaya untuk otak dan sistem saraf. Selain tempat makanan, styrine juga boleh didapati dari asap rokok, asap kendaraan dan bahan sisa kilang. Bahan ini harus dihindari dan banyak negara di bahagian Amerika sudah melarang pemakaian tempat makanan berbahan styrofoam termasuk negara China.

#7. Other (biasanya polycarbonate) biasa dijumpai di tempat makanan dan minuman seperti botol minum olahraga. Polycarbonate bakal membebaskan komposisi utamanya iaitu Bisphenol-A (BPA) ke dalam makanan dan minuman yang berpotensi merosakkan sistem hormon. Hindari bahan plastik Polycarbonate.


                                                                      Bisphenol A

Selain itu,anda juga dinasihati untuk tidak menggunakan apapun bahan plastik dalam microwave. Gantikannya dengan menggunakan bahan seramik, kaca atau pyrex...Hindari juga membuang sampah plastik terutama yang mengandung Bisphenol-A sebarangan kerana bahan kimia ini boleh mencemari air tanah dan kemungkinan mencemari sumber air minuman...

Oleh itu, sebagai orang perseorangan, ibu bapa, pelajar yang membawa botol air setiap hari, pengilang botol dsb., sepatutnya kita alert dengan isu ini.. AlhamduliLlah, tempat kerja saya di CEPP UTM juga alert...cuma mungkin sebagai individu, patutnya lebih alert, lagi2 chemist...long term punya hal ni...All da best...

Saya edit dari http://theunik.blogspot.com

ALlahu a'alam...

Tuesday, July 27, 2010

:: aSiD FoLiK ::

AlhamduliLlah, masih menghirup oksigen percuma, kurniaan ALlah...

Apa fungsi asid folik ea?? tanya seorang sahabat..hehe..almaklumlah, bunyi ala2 kimia. Tapi, memang bahan kimia pun..

                                                                 Struktur kimia asid folik

Asid folik merupakan vitamin larut air (0.0016 mg/ml pada 25 °C) dari kumpulan B iaitu B9.Ia juga dikenali dengan nama folat atau folasin..Perlunya asid folik dalam penghasilan sel darah merah, norefrinefrina dan serotonin (chemical yg ada dalam sistem saraf untuk penyambungan sinaps). Ianya berkesan apabila digabungkan dengan vitamin B12 dan vitamin C.

Banyak lagi kebaikan folat selain yang disebutkan di atas. boleh sambung baca kat wikipedia..hehe

Kurangnya folat bakal mengakibatkan anemia. Anemia kekurangan folat dan anemia kekurangan zat besi mempunyai simptom yang hampir sama iaitu keletihan dan kelesuan badan. Kekurangan folat yang sederhana juga akan membuatkan anda merengus atau lekas marah. Selain itu juga, kurangnya folat dalam badan akan menyebabkan sakit lidah, sakit di sekeliling mulut dan melambatkan tumbesaran pada kanak-kanak.

Bagi ibu yang mengandung pula, pengambilan folat juga boleh mengurangkan 70% risiko kecacatan pada bayi iaitu kecacatan saraf (NTD), otak (anencephaly) dan saraf tunjang (spina bifida). Anenchephaly adalah nama diberikan kapada bayi yang tidak mempunyai tisu otak dan akan mati sejurus sahaja ia dilahirkan. Spina bifida pula adalah kecacatan saraf tunjang yang boleh menyebabkan lumpuh, masalah usus, pundi kencing dan kecacatan otak.

Dos yang disarankan untuk asid folik ini diambil ialah sebanyak 400 mikrogram asid folik setiap hari.  Dan bagi ibu mengandung, disarankan mengambil 600-800 mikrogram/hari. Walaupun begitu, pengambilan asid folik melebihi dos, tidak mengakibatkan kesan buruk.

Sayur-sayuran hijau merupakan sumber yang kaya dengan folat. Selain itu, senarai bahan yang mengandungi asid folik adalah seperti berikut..

Mengandungi 100 – 200 mikrogram folat bagi setiap hidangan:
• Bayam(bayam), 1 cawan
• Kacang bendi, setengah cawan
• Asparagus, setengah cawan
• Lentil, setengah cawan
• Hati, 1 keping
• 11 kubis Brussels
• Kacang black-eyed beans, 4 sudu makan
• Emping bran, 7 sudu makan
• Germa gandum, 25g / 1 aun germa gandum
• Betik sederhana besar

Mengandungi 50 – 100 mikrogram folat bagi setiap hidangan:
• Brokoli kukus, 2 pucuk
• Buah oren saiz besar
• Nasi putih, setengah cawan
• Oat, setengah cawan
• Kacang merah, setengah cawan
• Jagung saiz besar, 1
• Biji bunga matahari, 1 aun

Sumber lain yang mudah didapati termasuklah telur rebus bersaiz besar, ikan salmon dalam tin dan ubi kentang tidak dibuang kulit.
 
Asid folik dalam makanan akan dimusnahkan jika ia terlebih masak, jadi masaklah dalam kuali bertutup dengan jumlah air mendidih yang minima. Selain jimat kos, zat pada makanan tak terbazir. Cuba makan sayur-sayuran yang dicelur atau mentah (ulam2).

Tuesday, July 20, 2010

::BeRJiHadLaH::

Dari Abu Hurairah ra, dari Nabi saw, sabdanya: “Sesiapa yang melakukan dua atau lebih dari jenis-jenis amal kebajikan untuk mencapai keredhaan Allah, ia akan diseru oleh malaikat dari pintu-pintu syurga, katanya: ‘Wahai hamba Allah! pintu ini lebih baik bagimu memasukinya!’ Maka sesiapa yang membanyakkan jenis sembahyang: ia tetap diseru dari pintu sembahyang, dan sesiapa yang membanyakkan jenis perjuangan (jihad): ia tetap diseru dari pintu perjuangan, dan sesiapa yang membanyakkan jenis puasa: ia tetap diseru dari pintu puasa – yang bernama: ar-rayyan, dan sesiapa yang membanyakkan jenis sedeqah: ia tetap diseru dari pintu sedeqah.” Mendengarkan yang demikian, Abu Bakar ra berkata, “Ayah dan ibuku menjadi galang-gantimu ya Rasulullah (dalam saat kecemasan)! Tidaklah menjadi sebarang kesusahan kepada orang yang dijemput masuk dari setiap pintu itu bahkan satu kemuliaan kepadanya, maka adakah sesiapa yang dijemput masuk dari semua pintu itu?” Nabi saw menjawab: “Ia, ada! Dan aku harap engkau seorang dari mereka yang berbahagia itu.” (Bukhari dan Muslim)

Monday, July 19, 2010

::aHLaN ya RamaDhaN::



Thursday, July 8, 2010

::KeMBaLi::


Munsyid : Tashiru

Harapan dari setiap insan kesenangan serta ketenangan
mengarungi hidup ini tanpa ada cubaan
sayang harapan itu tak pasti karna cobaan akan terjadi
tuk menguji sabar diri dan ketaqwaan
akankah kita tetap tegar menjalaninya dengan keikhlasan
ataukah terjerumus ke dalam keputusasaan

Katakanlah kali ini adalah miliknya Allah
yang akan kembali kepadanya kapan dan dimana saja
dan berdoalah mohon ampunan dari semua kesalahan
agar mendapat keredhoan dan pertolongan

sayang harapan itu tak pasti karna cubaan akan terjadi
tuk menguji sabar diri dan ketaqwaan
akankah kita tetap tegar menjalaninya dengan keikhlasan
ataukah terjerumus kedalam keputusasaan

katakanlah kali ini adalah miliknya Allah
yang akan kembali kepadanya kapan dan dimana saja
dan berdoalah mohonampunan dari semua kesalahan
agar mendapat keredhaan dan pertolongan Dalam Ujian

katakanlah kali ini adalah miliknya Allah
yang akan kembali kepadanya kapan dan dimana saja
dan berdoalah mohon ampunan dari semua kesalahan
agar mendapat keredhoan dan pertolongannya

katakanlah kali ini adalah miliknya Allah
yang akan kembali kepadanya kapan dan dimana saja
dan berdoalah mohon ampunan dari semua kesalahan
agar mendapat keredhoan dan pertolongan Dalam Ujian

Saturday, June 26, 2010

::bErKErJa...BeRKerJAya::

Salam'alaik..
Apa khabar sahabat-sahabat sekalian??(macam ramai jer yg singgah blog ni hehe)..

Anda sihat??Kena jawab sihat sebab sebagai seorang pejuang/pelajar/pekerja dsb, anda semua perlu sihat supaya gerak kerja tidak terbantut atau tidak tergendala di pertengahan jalan...

Anda rasa bahagia??Kena jawab yer jugak sebab sebagai manusia, kita perlu bersyukur dengan apa yang kita ada dan bila kita rasa cukup dengan apa yang ada, kita akan bahagia..

AlhamduliLlah, masih diberikan nikmat kesihatan yang baik oleh Allah azzawajalla..Saya bahagia insyaAllah...Tetapi sedang berusaha untuk melakar kejayaan masa hadapan..Sedang dalam proses membina kerjaya, mendapat kerjaya yang baik dan diredhai Allah..Doakan saya yer....

Macam tader benda jer nak dikongsi dalam blog ni...huhu...

:: B.E.r.m.U.s.A.F.i.R k.E B.u.M.i S.a.B.a.H ::

AlhamduliLlah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana masih mampu bernafas secara normal, dikurniakan nikmat Islam dan Iman insyaAllah...

Sepanjang minggu lepas, saya telah bermusafir ke negeri di bawah bayu bersama sahabat-sahabat.

Gunung Kinabalu dari Jaini Lodge di Ranau

AlhamduliLlah, pengalaman yang sangat berharga dapat dikutip pada setiap inci tempat dan waktu. Walaupun penat, tetapi masih tersisa keseronokan.

Banyak menikmati indahnya panorama alam ciptaan Allah sepanjang permusafiran..


AlhamduliLlah dan subhanaLlah yang mampu dilafazkan...Naza citra dan vios yang sangat banyak membantu melancarkan kembara kami..


Permusafiran ini mengeratkan lagi ukhuwah antara kami.
Syukran atas segalanya...

Wednesday, June 16, 2010

:: F.L.u.O.r.i.D.a::

APA ITU FLUORIDA?

Fluorida merupakan sisa keluaran industri baja, sejenis racun tikus dan digunakan dalam sektor industri sebagai racun serangga untuk menghapuskan semut dan lipas. Fluorida merupakan racun tersembunyi (seperti sianida) yang memudaratkan, bertoksik dan mampu berkumpul sungguhpun hanya sedikit ditelan.

MENGAPA FLUORIDA BERBAHAYA?

Pentadbiran Makanan & Ubatan Amerika (FDA) menganggap fluorida sebagai "ubat baru yang tidak diluluskan" kerana tidak ada bukti mengenai keselamatan mahupun keberkesanannya.
Sesetengah kumpulan berkepentingan awam seperti Akademi Antarabangsa Bagi Ubatan, Makanan & Toksikologi (pertubuhan bukan kerajaan Kanada yang membiayai penyelidikan mengenai bahan bertoksik yang digunakan dalam pergigian) telah mengkelaskan fluorida sebagai "ubat untuk pergigian yang tidak diluluskan" disebabkan kadar keracunannya tinggi.
Satu tinjauan yang dijalankan pada tahun 1997 dengan bantuan pengeluar ubat gigi dan Persatuan Pergigian Amerika Syarikat mendapati purata orang yang memberus gigi dengan ubat gigi berfluorida walaupun sedikit (1 gram) mengikut sukatan yang disarankan, menelan antara 0.3-0.4 mg fluorida setiap kali memberus gigi.

Ini bermakna anda menerima hampir separuh daripada kadar harian fluorida yang diterima cuma dengan memberus sekali sehari, tanpa membabitkan sumber lain.


MENGAPA KITA TIDAK MEMERLUKAN FLUORIDA PADA UBAT GIGI?

Dos fluorida harian yang diterima melalui pemakanan sudah mencukupi keperluan seseorang. Pihak berkuasa di Malaysia telah menambahkan fluorida kedalam sistem bekalan pengairan dan oleh sebab yang demikian, setiap titis air dalam bentuk teh, kopi, minuman berais dan sebagainya menyumbang kepada penambahan fluorida sedia ada. Makanan harian seperti sayuran juga terdedah kepada fluorida melalui racun serangga dan lain-lain. Fluorida juga terdapat pada tulang ikan seperti ikan bilis dan sardin. Sebagai rumusan, makanan lazim harian telah membekalkan sumber fluorida yang mencukupi untuk keperluan kita. Oleh sebab yang demikian, kita tidak lagi memerlukan tambahan fluorida melalui ubat gigi atau ubat kumur dan ini akan mendatangkan kemudaratan terhadap kesihatan seseorang itu.

KES MAHKAMAH

Kesan-kesan buruk fluorida pada masa lalu pernah dibawa ke mahkamah. Apa yang dipercayai merupakan yang pertama. Colgate-Palmolive membayar pampasan sebanyak £1,000 (kini dianggarkan kira-kira RM 6,000) kepada keluarga seorang kanak-kanak berusia 10 tahun di Essex, England yang menderitai masalah "Dental Fluorosis" (enamel kotor dan berkarat), iaitu antara tanda pertama keracunan fluorida.

PENYELIDIKAN AWAM

Penyelidikan yang dijalankan pada pertengahan tahun 90-an oleh bekas ketua bahagian kimia Institut Penyelidikan Kanser Kebangsaan Amerika, mendapati kira-kira 10,000 kematian akibat kanser yang dikaitkan dengan penggunaan fluorida berlaku setiap tahun di Amerika Syarikat.

Penyelidikan yang dijalankan di Amerika Syarikat bagi Program Toksikologi Kebangsaan (NTP) pada tahun 1990-1991 menunjukkan kecenderungan peningkatan dalam osteosarkoma (salah satu kanser peringkat awal yang menyerang kanak-kanak) dalam tikus jantan yang diberikan fluorida. Menurut NTP, fluorida berkemungkinan bahan penyebab kanser kepada manusia."

AMARAN & PANDUAN

Pada tahun 1997, FDA telah menetapkan setiap Ubat gigi berfluorida yang dijual di Amerika Syarikat perlu meletakkan tanda amaran racun/bahaya:

"WARNING: KEEP OUT OF REACH OF CHILDREN UNDER 6 YEARS OF AGE. IF YOU ACCIDENTALLY SWALLOW MORE THAN USED FOR BRUSHING, SEEK PROFESSIONAL HELP OR CONTACT A POISON CONTROL CENTER IMMEDIATELY."

“AMARAN: JAUHKAN DARI KANAK-KANAK BERUMUR 6 TAHUN KEBAWAH, SEKIRANYA TERTELAN MELEBIHI DOS YANG DITETAPKAN, SILA DAPATKAN RAWATAN PAKAR ATAU HUBUNGI PUSAT KAWALAN RACUN DENGAN SEGERA”



FLUORIDA MAMPU MENYEBABKAN:

- Kematian
- Kanser
- Ruam Kulit
- Luka Kanser
- Kelunturan Warna Gigi
- Masalah Gastrik
- Penyebab atau Membantu Menyebabkan Kerapuhan Tulang
- Keracunan Saraf
- Kanser Tulang
- Keretakan Tulang
- Membantu Menyebabkan Kekurangan IQ di Kalangan Kanak-kanak
- Meransang Masalah Buah Pinggang di Kalangan Pesakit


BAHAYA KEPADA KANAK-KANAK?-SEMESTINYA!

Memandangkan fluorida mampu meresap menerusi gusi dan kanak-kanak di bawah usia 7 tahun yang menelan 50% daripada ubat gigi ketika memberusnya (mengikut kajian), dan memandangkan fluorida turut terkandung dalam air dan pelbagai produk lain (seperti ubat kumur), kita terus terdedah kepada risiko kanser apabila memakai ubat gigi berfluorida.

Lihat jadual tersebut:

Sumber : http://www.muslimconsumer.org.my/fluorida

Download Leaflet ;

(Format JPEG)
http://www.muslimconsumer.org.my/fluorida/leaflef_ancaman_bahaya_fluorida.jpg

(Format PDF)
http://www.muslimconsumer.org.my/fluorida/attachment/leaflet-Ancaman_Bahaya_Fluorida.pdf

Monday, June 14, 2010

::suTeRa oH SuTErA::


Sutera adalah haram untuk kaum lelaki. Didalam sebuah hadith Ali ra telah berkata :


إِنَّ نَبِيَّ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَخَذَ حَرِيرًا فَجَعَلَهُ فِي يَمِينِهِ ، وَأَخَذَ ذَهَبًا فَجَعَلَهُ فِي شِمَالِهِ ، ثُمَّ قَالَ : إِنَّ هَذَيْنِ حَرَامٌ عَلَى ذُكُورِ أُمَّتِي
"Sesungguhnya Nabi saw mengambil sekeoing kain sutera disebelah tangan kanannya dan emas disebelah tangan kirinya kemudian bersabda : 'sesungguhnya dua benda ini diharamkan keatas kaum lelaki dari umatku" - [Hadith riwayat Abu Daud, dikelaskan sebagai sahih oleh al-Albani]

Apa yang dimaksudkan oleh hadith ini ialah sutera asli. Jika istilah kain 'sutera' yang dijual dengan harga yang murah dan bukan merupakan sutera yang dihasilkan dari ulat (silkworm), maka ia bukanlah termasuk sutera yang diharamkan kepada kaum lelaki. Sutera jenis ini dipanggil sebagai 'synthetic silk' atau sutera tiruan. Menurut bekas pengerusi Lajnah Fatwa Al-Azhar :-

الحرير الذى وردت فيه النصوص هو الحرير الطبيعى المأخوذ من دودة القز، أما الحرير الصناعى فيشبهه فى النعومة ولكن لا يأخذ حكمه
"Sutera yang bahannya datang dari sutera asli diambil dari ulat sutera, maka bagi sutera tiruan yang serupa dengan kelembutan sutera asli, akan tetapi tidak mengambil hukumnya"

Dengan kata lain, pada asalnya sutera tiruan tidak mengikut hukum sebagaimana hukum memakai sutera asli. Walaubagaimana pun, terdapat dikalangan ulama' yang tidak menggalakkan kaum lelaki memakai sutera tiruan atas dasar kainnya lembut menyerupai pakaian perempuan. Menurut ulama Saudi, Syiekh Muhammad Saleh Al-Munajjid :

وبعض هذه الأقمشة المصنوعة من الحرير الصناعي تكون لينة جداًّ تشبه أقمشة النساء، فهذه ينبغي للرجل أن يجتنبها ، لأن المطلوب في الرجل الخشونة والصلابة والرجولة ، أما الليونة والميوعة فهذه لا تليق بالرجال .
"Ada beberapa jenis kain yang dibuat dari sutera tiruan berkemungkinan terlalu lembut, sebagaimana kain yang dipakai oleh kaum wanita, Ini hendaklah dielak oleh kaum lelaki, apa yang perlu bagi kaum lelaki ialah tanah lasak dan keras, kelembutan tidak sesuai dengan kaum lelaki"

Begitu juga dengan pandangan Syiekh Atiyah Saqr :-

وأرى أن لبس الحرير الصناعى الذى يقارب فى مادته أو هيئته الحرير الطبيعى لا يليق بالرجال ، وإذا قصدت به المباهاة كان حراما من أجل ذلك
"Saya berpandangan bahawa memakai sutera tiruan hampir atau menyerupai struktur sutera asli tidaklah sesuai dengan kaum lelaki, dan jika maksud memakai kerana ingin menunjuk-nunjuk maka menjadi haram disebabkan itu"

Kesimpulannya, sutera tiruan tidaklah haram dari segi hukum, kerana ia bukanlah sutera asli yang dihasilkan dari ulat sutera. Akan tetapi disebabkan sifat sutera tiruan itu lembut, dan lebih sesuai dipakai oleh kaum perempuan, ulama' tidak menggalakkan kaum lelaki memakainya. WA.

Rujukan :

1. Syeikh Atiyah Saqr. الحرير الصناعي للرجال. url : http://www.islamonline.net/fatwa/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=11504

2. Syiekh Muhammad Saleh al-Munajjid. حكم الحرير الصناعي. url : http://63.175.194.25/index.php?cs=prn&ln=ara&QR=30812&dgn=4&dgn=2

:: InDaHNya ciPTaAn-Mu ::

Munsyid : De Hearty
http://liriknasyid.com

Kuberjalan merentasi dunia
Memerhatikan keajaiban ciptaan Tuhan
Terlalu agung untuk ditandingi
Hebatnya kuasa Yang Maha Esa

Terasa terhibur mendengar siulan
Kicauan burung - burung berterbangan
Desiran ombak menyusur pantai
Deru angin yang tidak bertepian ho...

Oh Tuhanku, agungnya kuasa-Mu
Menciptakan segala - galanya penuh misteri
Kehijauan gunung dan birunya langit
Semuanya membuat ku berasa kagum

Oh Tuhanku, megahnya rasa dihati
Gembira terpesona dengan keindahan
Menggamit hatiku yang sunyi sepi
Mengucap syukur atas kurniaan Illahi

Indahnya dunia ciptaan Yang Esa
Tidak terjangkau oh pandangan minda
Segala yang ada tercipta dengan sempurna
Tiada yang dapat menandinginya

Oh Tuhanku, agungnya kuasa-Mu
Menciptakan segala - galanya penuh misteri
Kehijauan gunung dan birunya langit
Semuanya membuat ku berasa kagum

Oh Tuhanku, megahnya rasa dihati
Gembira terpesona dengan keindahan
Menggamit hatiku yang sunyi sepi
Mengucap syukur atas kurniaan Illahi

:: fOR ThE ResT oF mY LiFe ::

Dedicated for all of my wedded friends;
By: Maher Zain


I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
And theres a couple words I want to say

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you

I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together eternally
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
And theres a couple word I want to say

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you

I know that deep in my heart now that you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you

I know that deep in my heart

Artist: Maher Zain
Album: Thank You Allah
Copyright: Awakening Records 2009

Friday, June 11, 2010

.:.Hukum Bersanding Mengikut Perspektif Islam.:.

BismiLlah...AlhamduliLlah...

Ana ambil dari usrahwave.com mengenai hukum bersanding ni..Almaklumlah...Semoga ada manfaat dari mudharat...

Persandingan mungkin suatu yang biasa kita dengar dan lihat. Namun, sedarkah kita tentang apa pandangan syarak terhadapnya? Mungkin ramai yang bersetuju pada teorinya...tetapi bila ketika praktikalnya, ramai yang kecundang..termasuklah Ustaz dan Ustazah (yang mengaji agama). Bila ditanya persoalan tu oleh seorang sahabat, saya rasa seperti diketuk kepala..tersedar banyaknya hukum kita ambil mudah..setiap perbuatn kita tidak teliti soal hukum..apabila diselidiki, artikel ini mungkin dapat membantu dan membuka perbincangan..mudah-mudahan kita tidak terjebak ke landasan ciptaan syaitan yang inginkan menyesatkan manusia...


1. Definisi Persandingan: meletakkan suami-isteri yang baru dinikahkan di atas penganjangan (pelamin) dengan berhias indah, berpakaian lengkap, dikipas oleh dua jurukipas dan ditonton oleh orang ramai atau orang tertentu sahaja.

2. Tujuan: antara tujuan utama persandingan ialah untuk ditonton, menjadi kenangan bersejarah, meraikan peluang seumur hidup dan menghayati adat dan budaya nenek moyang.

3. Sejarah: ada dua teori dalam menjelaskan dari mana asalnya persandingan dalam adat Melayu. Pertama: bahawa persandingan adalah adat resam Melayu tulen. Ini kerana istilah raja sehari itu persis kepada adat istiadat Melayu yang berpaksikan raja (HM Sidin, Adat Resam Melayu, PAP, 1964)

Kedua: Persandingan adalah adat yang diimport dari India. De Jong (Religions in the Malay Archipelago, Oxford Univ. press, 1965) dan Joginder Singh (Tata Rakyat, Longman, 1978) berpendapat ia adalah pengaruh Hindu.

4. Unsur-unsur khurafat dalam persandingan:

(a) Penggunaan beras kunyit pada upacara persandingan ialah bertujuan memberi semangat kepada pengantin berdasarkan kekuningan semangat padi.

(b) Penggunaan jampi mentera untuk menghalau hantu syaitan yang mungkin mengganggu majlis itu.

 Hukum Islam Terhadap Persandingan


1. Menabur Beras Kunyit: Jika ia ditabur dengan tujuan menambah semangat dan menghalau roh jahat, maka ia adalah syirik--bercanggah dengan surah al-Fatihah: ayat 5: Thee do we worship, and Thine aid we seek., dan Yunus: 107: If Allah do touch thee with hurt, there is none can remove it but He: if He do design some benefit for thee, there is none can keep back His favour: He causeth it to reach whomsoever of His servants He pleaseth. And He is the Oft-Forgiving, Most Merciful.

2. Membaca Jampi Mentera: Jika beriktikad bomoh atau pawang itu membaca jampi-mentera dengan tujuan dapat memelihara majlis itu daripada roh jahat, maka dia juga amalan syirik seperti yang dijelaskan di atas.

3. Berandam: Perbuatan andaman yang berbentuk "li tadlis" mengabui/merubah kecantikan yang sebenar adalah haram. Antaranya yang disebut oleh al-hadis: HR Muslim-Muslim dari Abdullah Ibn Mas'ud: "Allah melaknat wanita yang mencucuk tangan dan menaruh warna (tattoo) dan yang meminta berbuat demikian; wanita-wanita yang menghilangkan bulu kening di muka*, wanita yang mengikir gigi dan menjarangkannya supaya kelihatan cantik yang merubah kejadian Allah." (*pengecualian: membuang bulu yang berupa janggut atau misai atau side-burn.)

4. Berhias untuk dipamerkan (tabarruj): Berhias dengan tujuan untuk dipamerkan kepada orang ramai adalah dilarang. Firman Allah (maksudnya), "Janganlah kamu bertabarruj seperti kelakuan orang zaman jahiliah dahulu." (Al-Ahzab: 33)


5. Mengadakan kenduri walimah secara besar-besaran: Hukum sebenar kenduri kahwin ialah sunat sahaja sebagaimana sabda baginda: "Adakanlah kenduri kahwin walaupun hanya dengan seekor kambing."


Islam mencela amalan boros: "Janganlah kamu membazir secara melampau." (Maksud al-Isra': 26)

6. Menjadikan hadiah atau pemberian wang sebagai satu kemestian: Ini berlawanan dengan roh Islam Firman Allah," Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya." (2: 286)

7. Mas kahwin dan hantaran yang mahal: Inilah adalah sunah Rasul saw: "Wanita yang paling berkat ialah wanita yang paling murah hantarannya." (HR Ahmad, al-Hakim dan Baihaqi)

Demi meraikan adat: Islam membenarkan persandingan dengan meletakkan syarat:

1. Jika ia disandingkan secara tertutup (di hadapan muhrim atau keluarga terdekat) dan kanak-kanak yang belum mengerti tentang aurat.

2. Jika ingin melakukan secara terbuka diharuskan jika bertujuan iklan dan memperkenalkan mempelai kepada para jemputan dan kaum keluarga dengan syarat kesemua pihak baik pengantin dan para jemputan semua menutup aurat kecuali perhiasan yang biasa dilihat.

Rujukan
1. Prof Muhammad al-Ghazali, Laisa minal Islam.
2. Ibn Taymiyah, Hijab al Mar'ah wa Libasuha.
3. Prof Qardhawi, Fatwa Mu'asirat dan Halal & Haram fil Islam.

Sumber: Tuan Hassan Tuan Lah, "Bersanding dalam Pandangan Islam".

 Seorang lebih baik????hehe

Tuesday, June 1, 2010

:: cLaRia V, kEreTa JimaT minYak ::

Kenderaan prototaip ‘Claria V’ mampu bergerak lebih 1,000 kilometer dengan satu liter minyak

JOHOR BAHRU: Sekumpulan 18 penuntut Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai di sini, membangunkan sebuah prototaip kenderaan dinamakan 'Claria V' yang mampu menempuh perjalanan lebih 1,000 kilometer dengan hanya satu liter minyak.


'Claria V' yang dibangunkan lebih setahun lalu, akan menyertai Pertandingan Cabaran Shell Eco bersama 11 universiti lain di seluruh negara yang diadakan di Litar Formula 1 Sepang, Julai ini yang turut disertai pasukan negara Asia lain seperti Indonesia, China, Iran, Taiwan dan Jepun. Kenderaan prototaip itu yang menggunakan enjin mesin pemotong rumput 35cc, dibangunkan dengan harga RM25,000 mempunyai berat casis serta enjin kira-kira 49.3 kilogram dan berat keseluruhan dengan seorang pemandu tidak melebihi 100 kilogram.

Penasihat pembangunan 'Claria V' yang juga Pensyarah Kejuruteraan Mekanikal (Automatif) UTM, Prof Madya Pakharuddin Mohd Samin, berkata tahun lalu universiti itu turut mengambil bahagian dalam pertandingan sama di Jerman dan mendapat tempat keempat.

Katanya, pemenang tahun lalu mencipta perjalanan sejauh 3,300 kilometer dengan hanya satu liter minyak dan pihaknya berharap 'Claria V' dapat mencatat jarak separuh daripada itu.

“Semua pelajar yang membangunkan 'Claria V' ini adalah penuntut Tahun Dua dan Tiga Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (Automatif) UTM dan selain kenderaan ini, UTM Kuala Lumpur turut menghantar satu lagi penyertaan,” katanya selepas Majlis Pengenalan 'Claria V' oleh Naib Canselor UTM, Prof Datuk Dr Zaini Ujang di pekarangan Bangunan Pentadbiran UTM Skudai.
Pakharuddin berkata, 'Claria V' ialah nama saintifik ikan Keli, 'Clarias Bastrachus', berikutan reka bentuk kenderaan terbabit menyerupai ikan berkenaan dengan pengubahsuaian bahagian enjin bagi mengurangkan penggunaan minyak.

"Pertandingan Cabaran Shell Eco ini, menguji kemahiran peserta mencipta kenderaan mampu bergerak jauh menggunakan tenaga paling minimum dan sebab itu, bahan digunakan untuk badan kereta daripada gentian kaca disebabkan ia ringan, manakala pengemudi, transmisi serta pengikat menggunakan aluminium," katanya.

Pengurus Pasukan 'Claria V', Syed Nur Adaf Zhafry Ismail, 21, berkata beliau dan rakannya berbangga menghasilkan kenderaan prototaip itu dan berharap ia membuka jalan penyelesaian terhadap penggunaan minyak dengan lebih efisien.

"Kami tidak meletakkan harapan tinggi dalam pertandingan ini kerana kali pertama menyertainya. Cabaran Shell Eco akan dianjurkan tiga tahun berturut-turut di Malaysia dan mungkin tahun depan kenderaan prototaip UTM akan mencipta kejayaan," katanya.

Sementara itu, Dr Zaini berkata, pertandingan itu menjadi ruang mahasiswa mengaplikasi segala teori dipelajari dari buku.

.: GaZa, IsNiN, 31 mEi 2010 :.

GESAAN KEPADA KERAJAAN DAN RAKYAT MALAYSIA MENGUTUK SERANGAN ISRAEL KE ATAS FLOTILA MISI BANTUAN KEMANUSIAAN LL4G KE GAZA

Perkembangan terkini flotilla Lifeline4Gaza;

1. Sebagaimana yang dimaklumi 7 buah kapal yang menyertai konvoi bantuan kemanusiaan antarabangsa ke Gaza sedang belayar menuju ke perairan Gaza melalui Laut Mediterranean. Konvoi ini diketuai oleh sebuah NGO daripada Turki iaitu Insani Yardim Vakfi (IHH). Maklumat terkini ialah kapal induk Mavi Marmara telah diserang oleh angkatan laut Israel. Akibat dari tindakan biadap ini 3 orang sukarelawan telah terkorban dan 30 lagi mengalami cedera parah.

2. Seramai 12 orang sukarelawan bersama-sama petugas media daripada Malaysia turut menyertai konvoi bantuan kemanusiaan ini. Mereka berada di atas kapal “Mavi Marmara”. Penyertaan mereka bersama konvoi ini adalah semata-mata atas dasar kemanusiaan.

3. Semua objektif dan pergerakan konvoi ini adalah berpandukan kepada Resolusi 1860 (2009) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan undang-undang maritim lain yang berkaitan. Antara lain, Resolusi 1860 menyebut antara lain
a) menyeru kepada penghantaran bantuan kemanusiaan kepada Gaza termasuk makanan, minyak dan kemudahan perubatan,
b) menggalakkan usaha-usaha membuka laluan dan mekanisma lain bagi tujuan menyampaikan bantuan kemanusiaan yang berterusan,
c) menyeru semua negara untuk menyokong usaha-usaha di peringkat antarabangsa bagi memperbaiki keadaan kemanusiaan dan ekonomi di Gaza, dan
d) mengecam semua bentuk keganasan dan serangan terhadap masyarakat awam dan semua bentuk terorisma.
Semua rakyat Malaysia yang terlibat di dalam konvoi ini berpegang teguh kepada peraturan dan undang-undang antarabangsa dan pekerti mulia sesuai dengan aspirasi negara Malaysia.

4. Konvoi ini membawa kira-kira 10,000 tan barangan bantuan. Seramai lebih 540 orang menaiki kapal Mavi Marmara, termasuk ahli parlimen, ahli akademik, petugas media, ulamak, seorang kanak-kanak berumur kurang daripada satu tahun dan juga seorang warga emas berumur lebih daripada 80 tahun. Tidak ada sebarang bentuk senjata dibawa bersama konvoi ini walaupun untuk tujuan mempertahankan diri. Fakta ini jelas menunjukkan bahawa konvoi ini adalah benar-benar sebuah konvoi bantuan kemanusiaan yang akan disampaikan oleh sukarelawan-sukarelawan dari kalangan masyarakat awam.

5. Berdasarkan kepada fakta-fakta ini jelas Israel secara biadap telah melanggar undang-undang antarabangsa. Apatah lagi serangan ini berlaku di perairan antarabangsa dan dilakukan ke atas sebuah kapal bantuan kemanusiaan yang tidak bersenjata yang bertujuan aman. Tindakan Israel menginjak-injak prinsip kemanusiaan ini wajar mendapat kutukan dari seluruh masyarakat antarabangsa yang cintakan keamanan dan keadilan.

6. Kami dengan ini menyeru supaya kerajaan Malaysia di bawah pimpinan YAB Dato’ Seri Mohd Najid Tun Abd Razak dan juga Datin Seri Paduka Rosmah Mansor sebagai Penaung kepada Tabung Bantuan Kemanusiaan Palestin mengeluarkan kenyataan rasmi mengutuk tindakan biadap dan kejam regim Zionis Israel yang telah bertindak di luar batas kemanusiaan dengan menyerang sebuah flotila kemananan yang bertujuan semata-mata untuk menghulurkan bantuan kepada rakyat Gaza yang teraniaya dan dizalimi sekian lama.

7. Kami juga menyeru PBB supaya mengadakan persidangan tergempar untuk meluluskan resolusi bagi mengambil tindakan paling tegas ke atas Israel, termasuk mengheret pemimpin mereka ke muka pengadilan.

8. Kami juga menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia untuk menyatakan bantahan dan kutukan paling keras ke atas Israel serta bersedia untuk menyokong apa-apa tindakan yang akan disusun seterusnya bagi menangani isu ini.

9. Kami juga menyeru kepada semua pemimpin-pemimpin politik, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan dan rakyat seluruhnya supaya bergabung tenaga menyatakan sokongan kepada misi penghantaran bantuan kemanusiaan ke Gaza dan mengenakan tekanan ke atas Israel yang telah menyerang flotila Gaza sehingga menyebabkan kematian dan kecederaan di kalangan sukarelawan.

10. Kami seterusnya menyeru agar semua peringkat masyarakat dapat meneruskan doa dan solat hajat di masjid, surau, jabatan kerajaan, atau mana-mana tempat lain yang sesuai bagi memohon agar Allah SWT menjayakan misi bantuan ini dan memberikan kekuatan dan kesabaran kepada para sukarelawan.

Zulkifli Mohd Nani
Pengerusi
Pasukan Pengurusan Krisis dan sokongan keluarga misi LL4G Malaysia


12 Rakyat Malaysia di atas Kapal Mavi Marmara

31 Mei – Berikut adalah nama-nama rakyat Malaysia yang menyertai Misi Talian Hayat Untuk Gaza (LL4G) yang berada di atas kapal penumpang “Mavi Marmara” milik IHH, Turki ketika diserang oleh komando laut Israel di perairan antarabangsa hari ini.
  1. Tn Hj Noorazman bin Mohd Samsuddin, HALUANPalestin
  2. Dr Mohd Arbai’e bin Syawal, HALUANPalestin
  3. Dr Syed Muhammad Haleem bin Syed Hasan al-Haddad, HALUANPalestin
  4. Ust Al-Hami Husain bin Suhaimi, HALUANPalestin
  5. Mohd Nizam bin Mohd Awang, HALUANPalestin
  6. Ust Hasanuddin bin Mohd Yunus, Aqsa Syarif
  7. Tn Hj Jamuliddin bin Elias, Yayasan Amal
  8. Dr Selamat bin Aliman,  Jemaah Islah Malaysia (JIM)
  9. Abdul Halim bin Mohd Redzuan, Muslim Care
  10. Mustafa bin Mansur, MAPIM
  11. Ashwat bin Ismail, Wartawan ASTRO
  12. Shamsul Kamal Latif, Juru kamera ASTRO
Mustafa Mansur yang mewakili MAPIM menaiki kapal Mavi Marmara pada 29hb Mei setelah kapal Challenger II yang dinaiki beliau mengalami kerosakan di tengah perjalanan.

ALlahu a'lam...Ya ALlah, Kau peliharalah kesejahteraan mereka dan keluarga mereka daripada diancam serangan si kuffar Zionis Israel LaknatuLlah...

Monday, May 31, 2010

:: kEk CoKLaT LeiRa KimURa::

BismiLlah..

1 cawan koko
1 cawan susu sejat
1 cawan gula
1 cawan air panas
2 cawan tepung
3 biji telur
1/2 sudu serbuk penaik

Masukkan 3 biji telur dan secawan gula ke dalam bekas dan digaul meggunakan pemutar. Kemudian masukkan 2 cawan tepung, 1/2 sudu serbuk penaik dan secawan serbuk koko yang telah diayak. Tambahkan secawan susu sejat dan secawan air panas ke dalam adunan dan masukkan minyak sedikit demi sedikit. Gaul sebati.

Sediakan loyang. Sapukan mentega ke atas permukaan loyang dan masukkan adunan ke dalam loyang. Kukus adunan tersebut dalam 45-50 minit di bawah api sederhana.

Untuk topping, letakkan 1/2 cawan koko ke dalam periuk dan campurkan 3/4 cawan susu sejat. Gaul hingga likat dan tuangkan ke atas kek yang cantik itu tadi. Boleh makan dah lepas tu..
 
 Gambar sekadar hiasan

:: kUkIRa, AkU suDaH cukUP MaTanG::

AlhamduliLlah, masih diberi peluang bernafas dengan udara percuma milik ALlah yang Maha Esa. Diberikan masa selama empat hari untuk memberikan jawapan dalam membentuk diri pada masa depan bukanlah sesuatu yang mudah.Agak sukar bagi diri ini sebenarnya.Manjakah aku???
Aku mengandaikan bahawa hidupku tidak akan dipenuhi dengan peluang-peluang yang membuatkan aku 'rambang mata', tetapi ALlah paling baik perancangannya, Dia mahukan aku membesar menjadi matang dalam membuat keputusan tanpa pengaruh orang sekeliling. Dialah yang terbaik dalam merancang. Aku dipenuhi dengan peluang2 yang mana hanya Dia yang mengetahui apa yang terbaik untuk diriku.


Apabila diri perlu membuat keputusan, mahu atau tidak, kata putus harus dicapai dan seterusnya redhalah dengan pilihan sendiri dan teruskan menghadapinya, insyaAllah dengan doa, tawakal dan usaha yang tak pernah jemu, kita boleh melakar 'kejayaan' dengan keputusan yang kita telah pilih.


Ya, aku perlu teruskan kembara ilmu ini, biarpun jalannya panjang tetapi kurasa aku akan lebih bahagia bila berada di samping keluarga dan sahabat yang memahami. Doakan yang terbaik untukku. Terima kasih Allah kerana memberi peluang aku merasa bahagia.

++JiHaD, kU inGiN mEnYerTaimU++

Qunut Nazilah

Ya Allah,
Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh2 kami
Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan2 mereka
Ya Allah,
Leburkanlah kumpulan2 mereka
Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka
Goncangkan pendirian mereka
Dan hantarkanlah anjing2 kamu kepada mereka
Wahai tuhan yang gagah perkasa Wahai tuhan yang penuh raksasa
Wahai tuhan yang bersifat murka
Ya allah Ya allah Ya allah Ya allah,
Wahai tuhan yang menurunkan kitab,
Wahai tuhan yang mengarakkan awan
Wahai tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab
Kalahkan mereka Kalahkan mereka
Kalahkan mereka Dan menangkan kami ke atas mereka

Surah al Fil


BismiLlahirrahmanirrahim..
InsyaAllah, semoga doa qunut nazilah yang kita lafazkan dan surah al Fil yang kita alunkan menjadi titik tolak kemenangan umat Islam di Palestin...Perit, pedih dan sedih bila mana si keji Israel melakukan perkara2 yang zalim dan kejam terhadap umat Islam Palestin...Israel tidak layak mengambil alih Palestin. Israel bukanlah sebuah negara sepertimana doktrin2 yang mereka gagaskan bahawa Palestin adalah milik mereka... Tidak sama sekali...Mereka hanya penjajah..Tanah itu tanah milik Palestin.


Bukan sahaja rakyat di Palestin tidak diberi bantuan, malahan dihalang untuk menerima bantuan kemanusian...Bukan sahaja rakyat Palestin dizalimi, malahan umat Islam yang ingin membantu juga diperangi..zalim sungguh...Wahai si keji Israel, ketahuilah pembalasan Allah itu sangat pedih azabnya jika kamu mengetahuinya....


Masih menantikan detik-detik kemenangan umat Islam..Mungkin bukan sekarang, bantuan Allah akan sampai pada waktu dan detik yang tepat dalam perancangan ALlah..Mari sama-sama kita perbaiki diri supaya setiap doa kita makbul...