Saturday, April 9, 2011

:: O o H h H B u T a N a ::

Assalamualaikum wbh...

Seperti biasa, sebenarnya tak best sangat bila tengok blog tak gerak2 ni...Almaklumlah...tak tahu nak tulis apa sebenarnya..


Tapi...

Oleh kerana di rumah sewa saya dah kehabisan butana...AlhamduliLlah, baru sebentar tadi, aci datang hantar gas butana ke rumah...Penting juga butana ni dalam kehidupan kita..Benarlah, Allah tidak menjadikan sesuatu dengan sia-sia...

Oh yer, anda semua kenal tak dengan butana?? atau C4H10..hehe..tapi, kita biasa sebut gas asli kot..Butana hadir dalam bentuk gas..Gas yang mudah terbakar ye puan-puan dan tuan-tuan...So, takleh nak sepah-sepahkan gas ni merata-rata tempat kerana apabila butana bercampur dengan oksigen, akan lengkaplah pembakaran yang akan menghasilkan gas karbon dioksida dan air...

‎2 C4H10 + 13 O2 → 8 CO2 + 10 H2O

Bahaya la kita, umat manusia nanti bila terdapat butana dan oksigen di udara..Butana mempunyai 4 atom carbon dan dikelilingi oleh 10 atom hidrogen yer...kalau hidrogen ader 8, jadilah butena...

Oh...lupakan~~Kerana tanpa kehadiran gas butana di rumah sewa saya a.k.a. naurah, menyebabkan kami memasak mee maggi perisa ayam+lada sulah sket dalam periuk nasi cik puan Husna..dan makan secara berjemaah dalam mangkuk besar....Oh~~~apakah...

No comments:

Post a Comment