AlhamduliLlah...
Berjaya jugak menghadirkan diri ke usrah minggu ni. Peringatan yang baik. Tentang kepentingan dakwah dan jemaah. Seperti biasa, surah ali Imraan ayat 104 dan 110 selalu diulang-ulang, bersama hadis dan kaedah fiqh yang sama. Terima kasih atas peringatan.
Begitu juga mengena isu semasa yang membincangkan mengenai kes pembuangan bayi yang berleluasa.Amat menyedihkan, tetepi itulah hakikat. Yang kebanyakannya berpunca dari zina, na'udzubiLlahi min zaalik. Teringat saat mendengar kuliah ustaz Rifqi perihal sebuah rumah di bawah jagaannya yang menempatkan golongan remaja perempuan yang sudah terlanjur dan sedang mengandung. Bayi2 dalam kandungan tersebut, setiap hari diperdengarkan dengan alunan ayat2 suci al Quran dan hasilnya, apabila lahirnya bayi2 ini, mereka amat sensitif dengan al Quran dan seharusnya perkara2 yang baik. Ya, bukan mudah untuk menasihati renaja2 sekarang yang rata2 sudah menjadi "buluh". Jadi, usaha yang dilakukan oleh ustaz ini, seharusnya dicontohi dalam menyedarkan remaja dan mengurangkan pembuangan bayi. Teramat penting, perundangan Islam yang perlu diberi perhatian. Tanpa perundangan Islam, inilah hasilnya, kes2 pembuangan bayi semakin berleluasa.
"Ya Allah, sekiranyaEngkau mengetahui bahawa aku beriman denganMu dan RasulMu, dan aku memelihara kehormatanku hanya untuk suamiku, maka janganlah biarkan aku menjadi mangsa orang kafir dan orang zalim"
No comments:
Post a Comment