Thursday, May 19, 2011

Wasiat Nabi Muhammad S.A.W. kepada Saidina Ali K.W.

Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yg haram.
3) Merendahkan diri.

Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:
1) Merahsiakan ibadahnya.
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.

Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

Ya Allah, permudahkan segala urusanku di dunia ini dalam mencapai syurgaMu ya Allah.. Ternyata, aku sangat lemah ya Allah..Bantulah aku ya Allah..Aku bukanlah sesiapa tanpaMu ya Allah..

Doa Dhuha..Semoga Allah menyucikan sumber-sumberku...

"Ya Allah bahawasanya waktu dhuha itu waktu dhuhaMu, kecantikan itu ialah kecantikanMu , keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu ,kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu ". "Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit , turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. ,Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu duha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh"

Wednesday, May 4, 2011

.: ToDaY is a GifT, MaRi BeRDoa TaNDa SyuKuR :.

AlhamduliLlah, masih dikurniakan akal fikiran yang sihat, cuma kurang berfungsi semenjak dua ini..AstaghfiruLlah, semoga segala nikmat yang Allah berikan, tidak disia-siakan...

Bagaimana hari kita?? Semestinya hari ini mesti lebih baik dari semalam... Mari sama-sama bersyukur..

“Dan sedikit sekali hamba-hambaKu yang bersyukur.” (QS. Saba`: 13)

Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih". (Surah Ibrahim:7)


Adab berdoa
  • -Menjauhkan diri dari hal-hal yang haram 
    • “Hai Sa’ad, jagalah soal makananmu, tentu engkau akan menjadi orang yang makbul
      doanya! Demi Tuhan yang nyawa Muhammad dalam genggaman-Nya! Jika seseorang
      memasukkan sesuap makanan yang haram ke dalam perutnya, maka tidak akan diterima
      doanya selama empat puluh hari. Dan siapa saja hamba yang dagingnya tumbuh dari
      makanan haram atau riba, maka neraka lebih layak untuk melayaninya.” (H.R. Ibnu
      Mardawai dari Ibnu Abbas)
  • -Ikhlas 
    • "Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat. Dan yang demikian itulah agama yang benar. " (Surah al Bayyinah : 5)
  • -Memulai doa dengan istighfar, tahmid dan selawat 
    • “Jika salah seorang di antaramu berdoa, hendaklah dimulai dengan membesarkan Tuhannya Yang Maha Agung dan Mahamulia serta menyanjungNya, lalu mengucapkan selawat atas Nabi SAW, serta setelah itu barulah ia berdoa meminta apa yang diinginkannya.” (H.R. Abu Daud dan Nasai dari Fudhalah bin Ubaid r.a)
  • -Berdoa dengan doa-doa yang disyari’atkan 
  • -Penuh kekhusyukan, tadharru’ (merendahkan diri), dan harap-harap cemas
  • -Tidak bimbang dalam berdoa dan yakin Allah akan mengabulkan
    • “Doa seseorang itu akan dikabulkan selagi dia tidak terburu-buru menyebabkan dia berkata: Aku berdoa tetapi tidak dimakbulkan" (H.R. Bukhari Muslim dari Abu Hurairah R.A.)
  • -Mencari saat yang tepat untuk berdoa
  • -Berdoa pada kondisi yang dekat dengan Allah
  • -Menghadap ke arah kiblat
  • -Dengan suara yang perlahan dan lembut, tidak berbunyi dengan suara keras
    • "Katakanlah (wahai Muhammad): "Serulah nama " Allah" atau nama "Ar-Rahman", yang mana sahaja kamu serukan (dari kedua-dua nama itu adalah baik belaka); kerana Allah mempunyai banyak nama-nama yang baik serta mulia". Dan janganlah engkau nyaringkan bacaan doa atau sembahyangmu, juga janganlah engkau perlahankannya, dan gunakanlah sahaja satu cara yang sederhana antara itu." (Surah al Israa : 110)
    • "(Ingatkanlah peristiwa) ketika Nabi Zakaria berdoa kepada tuhannya dengan doa permohonan secara perlahan." (Surah Maryam : 3)
  • -Tidak berdoa atau mendoakan yang buruk-buruk
  • -Mengangkat kedua tangan hingga ke paras dada
  • -Disertai taubat dan pengakuan dosa
  • -Tidak mengkhususkan diri dalam doa ketika berdoa bersama
  • -Mengulangi doa hingga tiga kali
    • “Sesungguhnya Rasulullah SAW biasa mengulangi doa dan istighfar tiga kali.” (H.R. Abu Daud dari Abdullah bin Mas’ud)
  • -Memperbanyak doa di waktu lapang (tidak hanya berdoa pada waktu-waktu ditimpa kesusahan)

Wallahu a'alam..Kucing ni bun berdoa juga, apatah lagi kita manusia ;)