Assalamualaikum wbh sahabat semua..AlhamduliLlah, ana masih dapat menghirup O2(oksigen) yg diberi oleh RaBbul 'izzati, pemilik alam maya secara percuma...AlhamduliLlah juga kerana masih dapat meraikan Tahun Baru 1432H dan pastinya banyak penambahbaikan perlu dibuat selepas bermuhasabah mengenai tahun sebelumnya :( ...Oouh, apakah azam tahun baru ana??teringin nak tahu??please pm me...hehe
Sirah Hijraturrasul dari Mekah ke Madinah sememangnya banyak memberi pengajaran dan pelbagai ‘ibrah semestinya dapat digarap daripadanya. Bersempena dengan hari tasu'a (9 & 10 Muharram), ana nak berkongsi sket la something...Hopefully it can benefit all of you my dear friend :)…
Antara Perkara-Perkara yang Sunat (buat dapat pahala, tinggal tak dapat apa2) dilakukan pada Hari Asyura (10 Muharram):
· Melapangkan masa @ belanja anak, suami & isteri-isteri
fadhilat - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
· Memuliakan fakir miskin
fadhilat - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
· Menahan marah
fadhilat - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang ridha.
· Menunjukkan orang sesat
fadhilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
· Menyapu / mengusap kepala anak yatim
fadhilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.
· Bersedekah
fadhilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
· Memelihara kehormatan diri
fadhilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
· Mandi Sunat
fadhilat - Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu
lafaz niat : 'Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala'
· Bercelak
fadhilat - tidak akan sakit mata pada tahun itu.
· Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali
fadhilat - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti.
· Sembahyang sunat empat rakaat
fadhilat - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. lafaz niat : 'Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala'. Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.
· Membaca 'HasbiyaLlahhu wani'mal wakil wa ni'mal maula wa ni'mannasiiru'
fadhilat - Tidak mati pada tahun ini .
· Menjamu orang berbuka puasa
fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
· Puasa
Niat - 'Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala'
fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.
Dalam bulan Muharram, umat Islam adalah digalakkan untuk berpuasa dan melakukan perkara-perkara sunat seperti yang tertera di atas berdasarkan hadis ini:
Dari Ibnu Abbas r.a berkata RasuluLlah S.A.W bersabda : " Sesiapa yang berpuasa pada hari Asyura (10 Muharram) maka Allah S.W.T akan memberi kepadanya pahala 10,000 malaikat dan sesiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka akan diberi pahala 10,000 orang berhaji dan berumrah, dan 10,000 pahala orang mati syahid, dan barang siapa yang mengusap kepala anak-anak yatim pada hari tersebut maka ALlah S.W.T akan menaikkan dengan setiap rambut satu darjat. Dan sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa pada orang mukmin pada hari Asyura, maka seolah-olah dia memberi makan pada seluruh umat RasuluLlah S.A.W yang berbuka puasa dan mengenyangkan perut mereka."
Lalu para sahabat bertanya RasuluLlah S.A.W : " Ya RasuluLlah S.A.W, adakah ALlah telah melebihkan hari Aasyura daripada hari-hari lain?". Maka berkata RasuluLlah S.A.W : " Ya, memang benar, ALlah Taala menjadikan langit dan bumi pada hari Asyura, menjadikan laut pada hari Asyura, menjadikan bukit-bukit pada hari Asyura, menjadikan Nabi Adam dan juga Hawa pada hari Asyura, lahirnya Nabi Ibrahim juga pada hari Asyura, dan ALlah S.W.T menyelamatkan Nabi Ibrahim dari api juga pada hari Asyura, ALlah S.W.T menenggelamkan Fir'aun pada hari Aasyura, menyembuhkan penyakit Nabi Ayyub a.s pada hari Asyura, ALlah S.W.T menerima taubat Nabi Adam pada hari Asyura, ALlah S.W.T mengampunkan dosa Nabi Daud pada hari Aasyura, ALlah S.W.T mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman juga pada hari Asyura, dan akan terjadi hari kiamat itu juga pada hari Asyura !".
Oh ye, macam mana nak bepuasa pada bulan Muharam ni yer?? (monolog) Kan selalu puasa Isnin-Khamis dan puasa pada hari putih (13, 14 dan 15hb setiap bulan- mengikut Kalendar Hijriyah).
Di sini, terdapat beberapa cara untuk melaksanakan ibadah puasa bersempena dengan Hari Asyura iaitu:
i. Berpuasa pada hari ‘Asyura’ sahaja.
ii. Berpuasa pada hari Tasu‘a’ (9 Muharram) dan pada hari ‘Asyura’.
iii. Berpuasa pada hari ‘Asyura’ dan pada 11 Muharram.
iv. Berpuasa pada hari Tasu‘a’ (9 Muharram) , hari ‘Asyura’ dan 11 Muharram. Gandingan berpuasa tiga hari ini (9,10,11 Muharram) adalah digemari sebagaimana yang disebutkan oleh Imam asy-Syafi‘e Rahimahullah.
Umat Islam digalakkan untuk mendahuluinya (puasa Hari Asyura) dengan puasa Tasu’a (9 Muharram). Antara hikmahnya ialah:-
i. Sebagai langkah berhati-hati pada pengiraan awal bulan Muharram. Ini kerana ditakuti jika berlaku sedemikian, maka kemungkinan sahaja hari yang dikira sebagai Tasu‘a’ adalah sebetulnya hari ‘Asyura’.
ii. Agar umat Islam tidak menyerupai orang Yahudi yang berpuasa pada hari ‘Asyura’ sahaja.
iii. Menyambung puasa hari ‘Asyura’ dengan satu hari puasa yang lain kerana tegahan RasuluLlah S.A.W. untuk berpuasa satu hari satu-satunya sahaja seperti berpuasa pada hari Jumaat. Walaupun begitu, tidaklah menjadi apa-apa jika hanya berpuasa sehari sahaja pada hari Asyura.
Cara-cara tersebut adalah berdasarkan kepada dalil:
“Bahawasanya Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam ditanya tentang puasa Asyura, maka baginda bersabda: Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu”. (Hadis Riwayat at-Tirmizi)
“Semasa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam berpuasa pada hari Asyura dan menyuruh orang ramai berpuasa, maka para sahabat bertanya: Ya RasuluLlah! Asyura adalah hari yang diagung-agungkan oleh orang-orang Yahudi dan Nasrani. Maka baginda bersabda: Jika datang tahun hadapan kita akan berpuasa pada hari Tasu’a (hari ke-9 di bulan Muharam). (Berkata Ibn Abbas:) Maka belum tiba tahun hadapan, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam telah wafat”. (Hadis Riwayat Muslim dan Abu Daud)
Baiklah, kesimpulannya sahabat2, mari kita puasa pada 9, 10 n 11 Muharram insyaALlah…Jom kejar SYURGA ALLAH!!!
Puasa…
Penyuci diri dan nurani
Pembersih akal dan penghias peribadi
Andai niat tersasar selain dari kerana Tuhan
Bakal sia-sia puasa seharian….
Asyura…
Tarikhmu tersimpan pelbagai sirah
Susunan kisah yang perlu diambil ‘ibrah
Anugerah Allah buat umat Muhammad
Hargainya dengan melakukan amalan sunat tanpa penat…