Monday, May 17, 2010

::BuaH TuNjuK LanGiT::

BismiLLah..

Tiba-tiba teringat kat buah tunjuk langit yang ada kat rumah tu. Tu yang cari sikit2 advantages buah tunjuk langit ni. Banyak juga keistimewaannya, antaranya:


+ kencing manis
+darah tinggi
+ mengurangkan kolestrol
+ mencegah barah
+ gout
+ kuruskan badan
+ sakit jantung
+ lemah jantung
+ sakit sendi
+ migrain
+ melancarkan perjalanan darah
+ melambatkan pembekuan darah
+ meningkatkan kecergasan badan

Buah TUNJUK LANGIT telah mendapat perhatian di mata dunia sejak kebelakangan ini setelah banyak kajian bioteknologi yang dijalankan menemui pelbagai kebaikan yang boleh diperolehi daripada buah tersebut.
Pakar-pakar saintis bioteknologi berpendapat bahawa biji dari buah Mahogany mengandungi banyak khasiat semulajadi yang boleh dijadikan penawar bagi membantu dan meningkatkan sistem pengedaran darah di dalam tubuh manusia.

Buah TUNJUK LANGIT mempunyai keistimewaan yang sukar diperolehi dari mana-mana tumbuhan herba di seluruh dunia. Ia mengandungi kandungan tertinggi tiga komposit aktif utama iaitu Flavonoids, Saponins dan Bitter Alkaloid. Di samping itu, ia juga mengandungi pelbagai nutrisi semulajadi yang dapat mengekalkan tahap kesihatan tubuh badan dan meningkatkan tenaga keseluruhan badan manusia seperti protein, mineral, pelbagai vitamin, karbohidrat dan sebagainya.

Swietenia macrophylla, Mahogani Daun Besar atau Mahogani Honduras adalah tumbuhan liar yang berasal dari jenis pokok Meliaceae (keluarga pokok Mahogani atau Mahoni). Pokok ini tumbuh di kawasan hutan hujan tropika yang bersuhu kering dan lembap terutamanya di Amerika Selatan, India Barat, Kepulauan Indonesia, Fiji, Honduras, Kepulauan Solomon dan juga Malaysia. Ia digelar Raja Swietenia atau Raja Mahogani oleh kerana mutu kayunya yang tinggi di pasaran dunia sejak beratus tahun yang lalu.

CARA MAKAN BUAH TUNJUK LANGIT


Cara yang biasa orang-orang dulu makan hanya dikunyah begitu sahaja,ambil sekeping buah tunjuk langit kunyah hingga lumat dan terus ditelan,rasanya memang pahit tapi berbaloi dengan hasilnya. Tapi sekarang banyak di pasaran dalam bentuk kapsul. So, senang sket nak telan..huhu.

BAHAN AKTIF PENTING DALAM BUAH TUNJUK LANGIT.

1.FLAVONOIDS
 Bahan Flavonoids yang tinggi di dalam buah Mahogany mengandungi bahan enzim semulajadi yang dapat merangsang pembukaan pembuluh darah bagi melancarkan perjalanan darah ke seluruh badan serta membekalkan nutrisi dan oksigen lalu bertindak sebagai enzim anti- pengoksidaan:-
Fungsi-Fungsi Utama
- Mengurangkan tahap gula dalam darah
- Menyeimbangi kandungan gula dalam darah
- Memperbaiki kelancaran peredaran darah
- Menyingkirkan redikal bebas dalam tubuh badan
- Memperbesarkan dan menguatkan keanjalan saluran darah
- Mengurangkan kandungan kolestrol yang tidak baik di dalam darah

2.SAPONINS
Saponins di dalam buah TUNJUK LANGIT dapat mengurangkan lemak dan kolesterol pada dinding saluran darah bagi melancarkan perjalanan darah. Keadaan ini akan membantu menguatkan fungsi jantung di mana peningkatan sistem imuniti dan pengurangan tahap pembekuan gula dalam darah akan berlaku. Kandungan bahan Saponins yang tinggi ini juga boleh didapati di dalam makanan herba yang disanjungi dunia iaitu herba Ginseng Panax:-
Fungsi-Fungsi Utama Saponins
- Mempertingkatkan daya tubuh badan (daya imuniti)
- Merangsangkan perembesan insulin dari pankrias
- Mempertingkatkan fungsi pembinaan darah
- Menangani kekejangan otot di dalam saluran pernafasan
- Melancarkan sistem saluran pernafasan
- Mempertingkatkan daya penghasilan sperma kaum lelaki
- Memperbaiki sistem peredaran darah
- Menyah toksid dalam badan (detoksifikasi)
- Mengelakkan kemabukan dan keracunan
- Mententeramkan fikiran dan otak
- Menghilangkan kelesuan minda
- Melambatkan proses penuaan
- Memperbaiki insomnia
- Menguatkan hati

3.BITTER ALKALOIDS
Buah TUNJUK LANGIT mempunyai unsur organik yang mempunyai sifat perubatan semulajadi. Buah TUNJUK LANGIT adalah amat pahit jika dimakan begitu sahaja. Rasanya pahit adalah disebabkan oleh kandungan bitter alkaloids yang tinggi di mana ia membuatkan darah di dalam badan berasa pahit dan membantutkan pertumbuhan pelbagai jenis virus dan bakteria yang menjadi penyebab utama kepada pelbagai jenis penyakit. Ini akan membantu pembinaan secara matang sel-sel darah putih di dalam tubuh manusia untuk memperkukuhkan sistem imunisasi tubuh badan bagi menghalang dari serangan organisma-organisma yang tidak baik.


Saya dah pernah rasa dah sewaktu abah saya membuat serbuk daripada buah tunjuk langit ini..Bila dijadikan serbuk, rasanya tersangat la pahit sampai tiga hari baru nak hilang rasa pahit tu..Saya pun tak mahu makan, apatah lagi organisma2 lain tu hehe...strategi pertahanan yang bagus telah Allah jadikan..

Allahu a'lam..

..HaRmfuL...haRmFuLL..



Harmful Chemicals found in soaps and shampoos
Bentonite
Propylene glycol
Diethanolamine (DEA)
Polyethylene glycol (PEG)
Benzylphanone
Sodium benzoate
Glycerin
Collagen
Talc

Harmful Chemicals Found in Sunscreens
This list of harmful chemicals is constantly being updated. To find out more about this important area, read Transforming your health in 90 day or less
How to find products free from harmful chemicals
 
Harmful chemical -free products
Product Type
(click for more info)
Recommended Product(s)
Soaps Natural Soap
Shampoos Herbal shampoo 100% natural
Hair Colouring Natural hair colouring
Bubble-baths Aromatherapy bath crystals
Tooth paste Natural Toothpaste
Washing-up liquid / dish soap Dish Soap (click "products", then "newbrite")
Laundry detergent Newbrite (click "products", then"newbrite")
Childrens soaps / shampoos Natural shampoo
Body wash Natural body wash
Shave cream His and hers shave soap
Cosmetics Chemical-free cosmetics (Click "products", then "Leslie Deeann Cosmetics")
Mouthwash Eliminator mouthwash (Clik "products" then "dental care")
Skin cleanser Clearskin face wash
Moisture lotion / Moisturiser Natural Hand and body cream
Sun Cream Tanacity / Rebound (click "products", then"suncare")

Source: http://www.natural-health-information-centre.com/harmful-chemicals.html

Tuesday, May 4, 2010

Dosa-Dosa & Facebook -UZAR

Enam perlakuan dan perbuatan melalui facebook yang boleh mengundang dosa melalui laman facebook, iaitu :-


1) Mendedah keaiban suami, isteri di facebook.

Terdapat beberapa kes yang dilihat sama ada secara langsung atau tidak langsung, pemilik facebook meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci, marah terhadap pasangan di ruang status mereka. Mendesak suami atau isteri juga melalui status facebook. Kemudian, status tersebut mendapat komentar pelbagai dari rakan-rakan mereka. Tertekanlah sang suami atau isteri.

Sebagaimana yang disebut oleh ramai specialist di dalam bidang rumah tangga, kebanyakan wanita suka berkongsi dan meluahkan perasaan mereka kepada orang lain sebagai pelepas kepada beban yang ditanggung. Adakalanya ia mungkin bukan bertujuan untuk menjatuhkan suaminya, bukan pula untuk tujuan membuka aib suami atau untuk mencari penyelesaian. Pendedahan itu hanya sebagai pelepas tekanan di dalam diri.

Namun, tanpa disedari perbuatan tersebut tergolong dalam mengumpat yang diharamkan oleh Islam. Semua perlu memahami bahawa mereka tidak boleh sewenangnya bercerita perihal rumahtangga atau pasangan mereka secara terbuka sama ada melalui facebook atau kepada rakan di pejabat dan sebagainya. Sebarang masalah yang sudah tidak dapat diselesaikan olehnya, hanya dibenarkan untuk diluahkan kepada seseorang yang diyakini punyai autoriti seperti ibubapa, mertua dan adik beradik yang diyakini boleh berperanan membantu, bukan berpotensi mengeruhkan lagi keadaan. Boleh juga dikongsikan secara tertutup kepada pihak ketiga seperti Qadhi, Mufti, para ilmuan sama ada Ustaz, Ustazah atau Kaunselor Rumahtangga.

Pendedahan masalah dan info yang boleh mengaibkan suami (dan isteri) TIDAK DIBENARKAN sama sekali disebarkan melalui facebook. Apabila ia dilakukan, ia dengan mudah sekali boleh mengundang dosa.

Terdapat sebahagiannya info tidak secara langsung mengaibkan pasangan, tetapi selaku pembaca, kita dapat ‘membaca' dan mengetahui secara tersirat bahawa si pemilik sedang ‘perang dingin' dengan pasangannya. Ada juga yang difahami, suaminya sedang gagal memenuhi apa yang diingininya, bersifat kurang baik kepadanya dan sebagainya. Ingatlah semua, rumahtangga adalah amanah, jangan meruntuhkannya melalui facebook.

Beramanahlah, berikan suami dan isteri anda password facebook anda, agar mereka sentiasa boleh meneliti mesej-mesej yang dihantar kepada anda. Boleh juga pasangan berperanan selaku penyemak dan memadam (delete) mana yang perlu jika dimasukkan secara emosi tanpa pertimbangan aqal yang wajar.

2) Terlebih gambar

Ramai di kalangan wanita hari ini sudah mempunyai facebook, mungkin sudah menjadi lumrah wanita yang biasanya inginkan kecantikan dan pujian terhadap kecantikannya. Oleh itu, semakin ramai wanita yang memuatkan gambar mereka, sama ada jarak dekat, sangat dekat ( sehingga memenuhi ruang kotak gambar) dan jauh (beramai-ramai atau seorang diri). Ditambah pula lagi dengan gaya, aksi dan fesyen yang pelbagai.

Agak pelik juga kerana sebahagian mereka sudah bersuami dan kelihatan suami mereka memberikan sepenuh keredhaan atas tayangan gambar sedemikian kepada khalayak, tanpa sebarang rasa cemburu dan prihatin. Lebih merbahayakan, ramai pula lelaki yang menontonnya, sebahagiannya memberikan pujian, malah ada yang berani bergurau senda, dan membuat ‘lamaran' nafsu.

Lebih pelik, tuan punya facebook yang sepatutnya mampu mengawal dan memadam sebarang komen kurang etika, kelihatan membiarkan sahaja lamaran nafsu (seperti ajakan dating, kahwin - padahal wanita telah bersuami) tersebut di ruangan komentar gambarnya, tanpa rasa bersalah.

Berterusan bercanda mereka melalui ruang komentar, si lelaki dan wanita ada juga yang telah beristeri dan bersuami, cuma atas tiket kawan lama, sepejabat dan sebagainya, hal tersebut dibiarkan. Malah jika kedua-duanya masih bujang sekalipun, ia tetap BERDOSA dan SALAH di sisi Islam kerana ia termasuk dalam kategori larangan Allah ‘janganlah kamu menghampiri zina'.

Saya bimbang, ramai pula lelaki yang menjadi dayus dek kerana gambar isteri terdedah aurat ( atau menutup aurat kurang sempurna) ditayang sehabisnya di facebook. Baca perihal ciri lelaki dayus di sin ( http://www.zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=546&Itemid=99)

3) Penyamaran

Lelaki menyamar sebagai wanita untuk menjadi friend dan seterusnya mendapat maklumat wanita. Ada dilaporkan juga, sebahagian lelaki berang kerana tidak diluluskan menjadi ‘friend' seseorang wanita. Akibatnya, si lelaki tidak mendapat kemudahan akses kepada gambar-gambar wanita tersebut. Bagi membolehkannya mendapat akses, terdapat lelaki yang mula menyamar menjadi wanita, meletakkan gambar mana-mana wanita yang boleh dijumpai secara mudah tertebaran di internet, diletakkan sebagai dirinya. Melalui cara itu, lelaki ini berjaya menjadi friend dan menonton seluruh gambar wanita terbabit dan berbuat apa yang disukainya dengan gambar itu.

Si wanita yang pada asalnya merasa selamat kerana merasakan dirinya telah menapis sebaiknya, rupanya masih terdedah gambarnya kepada yang orang yang tidak sepatutnya. Kerana itu, walau anda hanya membenarkan friend untuk menatapi gambar anda, pastikan semua gambar tersebut masih terhad dan terjaga.

4) Download gambar untuk simpanan dan tatapan.

Dimaklumkan juga, akibat dek kerana gambar wanita yang terlalu ‘bersepah' difacebook, terdapat lelaki berhati buas yang memuat turun gambar tersebut dan disimpan sebagai koleksi peribadinya. Justeru, sedarlah, mana-mana wanita yang dikurniakan Allah punyai ‘rupa' yang menurut pandangan ramai sebagai elok dan menawan. Golongan sebegini amat perlu sekali lebih berwaspada lebih daripada mereka yang lain.

Malangnya, golongan rupawan ini kelihatan lebih ghairah menjaja gambar mereka untuk mendapat lebih banyak pujian dan ...'DOSA'. Simpan sahajalah gambar-gambar 'kiut' (cute) anda, cukuplah ia buat tatapan suami. Cukuplah pujian rakan sekeliling yang benar-benar mengenali anda. Tidak perlulah tamakkan pujian manusia luar.

Tunggu sahajalah pujian para malaikat dan bidadari di Syurga nanti, terlampau tidak sabarkah wahai diri? Sedarilah, ke'kiut'an anda mungkin menjadikan sebuah rumahtangga hancur, kecemburuan wanita lain, kerana boleh wujud gejala suami yang membanding-bandingkan wajah dan tubuh anda dengan isterinya. Jika itu berlaku, pemilik gambar mendapat dosa.

5) Tagging gambar tanpa izin dan gambar silam yang membuka aurat.

Tagging atau menandakan sesuatu gambar yang disiar merupakan satu fungsi mudah untuk menyebarluaskan gambar seseorang termasuk diri sendiri kepada kenalan dan rakan. Malangnya fungsi ini menjadi sumber dosa yang banyak juga dewasa ini. Isu ini juga telah pernah diulas oleh beberapa penulis lain seperti Sdr Shahmuzir dan Ust Abu Umair.

Ini adalah kerana, terdapat ‘trend' menyebarkan gambar-gambar lama, dan kemudian meletakkan tagging kepada individu di dalam gambar. Perlu disedari, setiap gambar yang di'tag', akan muncul dan boleh dilihat oleh semua friend punya rakan (friend).

Ini boleh menjadi dosa, kerana :-

a- Sebahagian individu di dalam gambar terbabit mungkin dahulu tidak menutup aurat, tetapi kini telah menutup aurat. Justeru penyebaran gambarnya yang tidak menutup aurat adalah haram.

b- Individu terbabit berada di dalam rumah, bersama keluarga, justeru penutupan auratnya tidak begitu sempurna kerana di dalam rumah sendiri atau di dalam keadaan ‘candid', tetapi akibat ketidakperihatinan sebahagian ahli keluarga terhadap hal aurat. Gambarnya yang sedemikian tersebar. Sepatutnya, kita yang di'tanda' boleh dengan segera delete 'tag' itu, hasilnya walau gambar masih tersiar tetapi ia tidak mempunyai sebarang pengenalan. Itu paling kurang boleh dilakukan oleh individu yang prihatin dan berawas-awas. Namun malangnya, sebahagian pemilik facebook tidak sedar mereka boleh ‘untagged' nama mereka. Malah kalau mereka boleh untagged sekalipun, penyebaran gambar sedemikian tetap salah dan berDOSA di dalam Islam.

c- Gambar mengaibkan orang lain. Gambar yang disiarkan itu, walaupun menutup aurat, tetapi dalam situasi mengaibkan. Mungkin ia tidak mengaibkan individu yang menyiarkannya kerana dia dalam keadaan baik dan bagus. Namun rakannya berada dalam situasi mengaibkan, tambahan pula dia kini merupakan ‘seseorang' yang terhormat, punyai kedudukan baik di mata masyarakat,. Apabila gambar sedemikian disiarkan, ia mencemar nama baiknya. Penyiaran sebegitu sama seperti mengutuknya secara langsung di khalayak ramai, sama ada sengaja atau tidak, semua perlu sedar..anda mungkin bebas menyiarkan gambar anda, namun gambar orang lain. Keizinan perlu diperolehi terlebih dahulu sebelum siaran dibuat.

6. Mengutuk diri sendiri & kebaikan

Adakalanya terdapat juga wanita-wanita berpenampilan cukup solehah, berpakaian extra caution dalam bab aurat sewaktu zaman universiti atau sekolahnya. Namun sesudah masuk ke alam pekerjaan dan perkahwinan, imejnya berubah begitu drastik dengan make up cukup jelas menghiasi wajah, baju bekerlipan warnanya, yang tebal dahulu sudah jadi nipis, adakalanya tidak sempurna dan macam-macam lagi. Alasannya? Seribu satu macam. Suami pula mungkin bukan dari jenis yang cermat untuk menegur dan menasihat.

Yang menyedihkan, apabila tersiar gambar lamanya yang berpakaian extra caution lagi sopan di facebook, disiarkan oleh rakan-rakan lama. Tuan punya tubuh, kelihatan tanpa malu dan segan mengutuk dirinya sendiri sama ada secara langsung atau tidak langsung. Lahirlah kata-kata, ‘zaman aku ekstrem', ‘zaman solehah', ‘waktu innocent', zaman-zaman suci', 'itu zaman kuno dulu', 'itu masa duduk bawah tempurung' dan lain-lain frasa yang sepertinya.

Tanpa disedarinya, ia mendedahkan keaiban dirinya sendiri, apabila berkata zaman solehah, bermakna kini adakah dia mengaku tidak lagi solehah, tidak suci dan sebagainya?. Demikian juga ayat-ayat lain di atas.? Ia juga sekaligus seolah mengutuk pemakaian sopan dirinya dahulu. Ingatlah wahai diri, jika tidak mampu istiqamah atas pakaian dan penampilan dahulu, janganlah sampai mengutuknya. Kerana ia sama seperti mengutuk pakaian yang sopan lagi baik, seolah mendahulukan yang kurang baik.


KESIMPULAN

Itulah facebook, ia boleh menjadi sumber pahala, jika diguna dengan betul, boleh menjadi pemudah azab jika digunakan tanpa ilmu dan limitasi. Berhati-hatilah dan berpada-padalah pemilik facebook.

Niat untuk mendekatkan ukhuwwah antara rakan lama, sekolah dan sebagainya tidak sama sekali boleh menghalalkan sembangan mesra, gurauan senda di antara suami dan isteri orang, antara lelaki dan wanita yang bukan mahram. Ia hanya akan membawa kepada kemudaratan dan keruntuhan rumahtangga. Janganlah lagi mempermainkan nama'ukhuwah' untuk berbuat dosa.

Ukhuwwah itu hanya terhad sesuatu yang membawa kepada ingatan kepada Allah, mengajak kebaikan dan menjauh kemungkaran. Lihatlah surah al-Hujurat dan fahamkan kalam Allah sebaiknya akan erti ukhuwwah di kalangan mukmin.

Sekian


Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net
ORIGINAL ARTICLE : http://www.zaharuddin.net/content/view/930/72/

Friday, April 30, 2010

...SeLaUTaN TaHniaH & SyuKuR...

AlhamduliLlah...

Ramai sahabat-sahabiah yang bakal mendirikan 'masjid' pada May dan June 2010 ni..Kalau disusun, mahu penuh jadual saya dengan jemputan2 dari sahabat-sahabiah terdekat...AlhamduliLlah..Bukan senang sebenarnya untuk membuat keputusan menamatkan zaman 'bujang' hehe..Walau apapun, tahniah kerana berani untuk melangkah...setapak demi setapak...Teruskan perjuangan kalian dalam membina baitul muslim yang diredhai Allah..

Oh ya,tidak lupa juga kepada sahabat-sahabiah yang akan ke Mekah dan Madinah untuk program Global Outreach anjuran Pusat Islam UTM, tahniah, semoga dipermudahkan segala urusan ke sana..Doakan saya untuk mengikut jejak langkah kalian untuk menjadi tetamu Allah di tanah haram secepat mungkin..Nak menangis pula rasanya tertinggal di bumi UTM (T_T).

Ya Allah, kami memohon dalam perjalanan mereka kebaikan dan taqwa dan segala amalan mereka Engkau redhai, mudahkanlah perjalanan mereka dan dekatkanlah jarak mereka yang jauh. Engkau sebaik-baik yang ditinggalkan (untuk menjaga) keluarga dan harta mereka, Ya Allah, kami berlindung kepadaMu dari halang rintang perjalanan dan buruknya pemandangan serta daripada keburukan masa kembali kepada harta dan keluarga, dengan rahmatMu Ya Allah wahai yang paling mengasihani daripada segala yang mengasihani...

Ameen

Friday, April 23, 2010

..p.U.L.a.N.g..

AlhamduliLlah...

Bakal tiba di Bukit Gambir pada jam 9.00pm, 23rd April..




Ertinya: Ya Allah! Mudahkanlah kami bermusafir dan dekatkanlah kejauhannya. Ya Allah! Engkaulah menemani dalam pemergian dan Engkau pulalah yang melindungi keluarga.




Ertinya: maha suci Tuhan yang memudahkan kenderaan ini bagi kami, sedangkan kami tiba dengan mudah dengannya dan kepada Allah kami kembali.

Tuesday, April 20, 2010

::TeRsEDaR::

AlhamduliLlah atas segala nikmat yang Allah kurniakan...

Uhh...Sejauh manakah kita membantu sahabat kita apabila mereka memerlukan?? Tazkirah sebentar tadi yang diberi oleh supervisor saya, En Faizal amat menyedarkan dan terkena batang hidung.. Ish3..sejauh mana saya berusaha untuk membantu sahabat saya sendiri yang dalam kesusahan.. Orang lain pula yang menyedarkan saya, patutnya saya yang sedar sendiri..

Banyak input yang diberi oleh En Faizal.. Tapi KIV dulu la yer..hehe.. En Faizal juga menyedarkan saya supaya lebih mendalami bahasa Arab. Bila dia tanya mengenai tafsir ayat Quran, saya menjawab maksud seperti yang hanya tertera di atas helaian tafsir al Quran, bukan detail bagi maksud perkataan bahasa Arab tersebut..

Sebagai contoh, dia membacakan surah al Humazah ayat 1-9.. Dia bertanya apa makna 'layunbazan' pada ayat keempat. Saya menjawab maksudnya 'dilemparkan' berdasarkan Tafsir Syaamil yang saya buka pada muka surat 601. Dia mengiakan kata-kata saya. Tambahnya lagi, " tahu tak, kalau mengikut bahasa arab sebenar, layunbazan itu bermaksud sepertimana kita melemparkan barang2 yang kotor, dengan perasaan menyampah, jijik dan sebagainya.

Selepas itu die bertanya apa maksud 'hutomah'. Saya menjawab bahawa ianya merupakan salah satu nama neraka dan dia menjawab 'Ya, tetapi asal perkataan hutomah ialah hutom yang bermaksud tulang hancur..means tempat (neraka) yang menghancurluluhkan tulang dan tubuh ahli neraka. Jelas kan maksudnya..

Dan akhir sekali dia bertanya maksud 'tattoli'u' dan merujuk kepada tafsir yang saya pegang, saya berkata bahawa maksudnya ialah membakar. Dan dia menerangkan bahawa tattoli'u itu maknanya ialah memanjat seperti mana kita memanjat gunung, iaitu secara perlahan atau lambat-lambat. Means, api di neraka itu memanjat perlahan2 tubuh ahli neraka hingga sampai ke 'af'idah' iaitu hati..Jikalau kita faham melalui bahasa arab yang mendalam, pasti kita dapat bayangkan kesengsaraan azab neraka dan semestinya bayangan yang kita dapat bayangkan amat berbeza dengan azab neraka sebenar yang amat tidak terperi sakitnya..wana'udubiLlah..

Ya, memang kita mentadabbur ayat dan tafsir al Quran, tetapi sejauh mana kita menghayati maksud2 ayat al Quran yang jelas dan mendalam itu. Hargai orang2 yang berilmu di sekeliling kita :). Terima kasih supervisor ku..Mari kita sama-sama mendalami bahasa Arab di samping membuat eksperimen pasal clitoria ternatea ni..
"Bahasa Arab = Bahasa Al Quran = Bahasa Syurga"

"RaBbi zidni 'ilman war zuqni fahman"

::NoveMBeR::

"Banyak idea, sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya, berfikiran ke hadapan, berfikiran unik dan bijak, penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa, pemikiran yang tajam, daya firasat yang sangat halus dan tinggi, bagus untuk jadi doktor, cermat dan teliti, personaliti dinamik, sifat berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia, banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra, berani, pemurah, setia dan banyak kesabaran, terlalu degil dan keras hati, apabila hendakkan sesuatu, diusahakan sehingga berjaya, tidak suka marah kecuali digugat, mudah ambil berat terhadap orang lain, pandai muhasabah diri, cara berfikir lain dari orang lain, otak yang sangat tajam, pandai mendorong diri sendiri, tidak hargai pujian, kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi, apabila hendak sesuatu cuba sampai berjaya, badan yang tough, kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam, romantik, tidak pasti dengan hubungan kasih sayang, suka duduk di rumah, sangat rajin dan berkemampuan tinggi, amanah, jujur, setia dan pandai berahsia, tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi, bercita-cita tinggi, perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah"

Monday, April 12, 2010

::paTaH HaTi::

PATAH HATI
LAGU: HAFIZ HAMIDUN
LIRIK: FEDTRI YAHYA






KAU TIDAK SEPERTI DULU
YANG KU KENALI DULU
RUPA HILANG SERI
MANAKAH MANISNYA


KAU TIDAK SEPERTI DULU
YANG KU KENALI DULU
MADAH TAK BERLAGU
MANAKAH GIRANGNYA


PATAH HATI
JANGAN TERDAMPAR SEPI
JANGAN TERSUNGKUR MATI
PATAH HATI
JANGAN LEBURKAN MIMPI
JANGAN MEMAKAN DIRI


BUKANKAH TUHAN CIPTAKAN MALAM
UNTUK BERADU MENANTI SIANG
BUKANKAH TUHAN TITISKAN HUJAN
MENANTI LIMPAH KEMARAU PANJANG

Wednesday, April 7, 2010

::MenTaHniK BaYi::

AlhamduliLlah, masih menyedut udara free yang Allah bagi..

Semalam baru lepas ziarah Kak Kamsiah, seorang peguam syariah yang baru melahirkan puteri sulung beliau bernama Aisyah Humaira' (sedap kan nama dia hehe?). Tahniah ye Kak Kam sebab dapat baby girl. Bakal doktor ginekologi (sakit puan) katanya hehe.Apabila bayi baru lahir, nama yang baik perlu diberi. Bila sebut pasal baby yang baru lahir ni, perkara yang berlegar-legar di minda ni ialah pasal tahnik. So, mari kita bercerita sedikit sebanyak pasal tahnik yang merupakan salah satu sunnah Baginda SAW.

Tahnik bermaksud amalan memindahkan benda yang manis seperti kurma atau madu kepada lidah anak yang baru dilahirkan. Ana juga pernah dengar bahawa sunnah ditahnikkan bayi tersebut dengan emas, di samping benda manis tersebut. Antara hadith berkaitan dengan tahnik ialah:

  1. Dari Asma’ binti Abu Bakar bahawa dirinya ketika sedang mengandung Abdullah ibn Zubair di Mekah mengatakan, “Saya keluar dan aku sempurna kandunganku 9 bulan, lalu aku datang ke Madinah, aku turun di Quba’ dan aku melahirkan di sana, lalu aku pun mendatangi Rasulullah SAW, maka Baginda meletakkan Abdullah ibn Zubair di dalam kamarnya, lalu Baginda meminta kurma lalu mengunyahnya, kemudian Baginda memasukkan kurma yang sudah lumat itu ke dalam mulut Abdullah ibn Zubair. Dan itu adalah makanan yang pertama kali masuk ke mulutnya melalui Rasulullah SAW, kemudian beliau mentahniknya, lalu Baginda mendoakannya dan mendoakan keberkatan kepadanya.
  2. Daripada Abu Musa berkata: "Aku telah mendapat seorang anak lelaki dan aku telah membawanya kepada Rasulullah SAW, baginda menamakannya Ibrahim, melakukan Tahnik dengan buah kurma, berdoa kepada Allah supaya merahmatinya, kemudian baginda memulangkannya kembali kepadaku".(Direkodkan oleh Imam Bukhari, Bab: Aqiqah, hadis no. 376)
Kenapa Sunat Mentahnik Bayi Mengikut Pandangan Sains?

Bahawasanya kandungan zat gula “glukosa” dalam darah bayi yang baru lahir adalah sangat kecil, dan jika bayi yang lahir beratnya lebih kecil maka semakin kecil pula kandungan zat gula dalam darahnya.

Oleh karena itu, bayi prematang (lahir sebelum dewasa), yang beratnya kurang dari 2.5 kg, maka kandungan zat gulanya sangat kecil, di mana pada sebahagian kes adalah kurang dari 20 mg/100mL darah. Adapun anak yang lahir dengan berat badan di atas 2.5 kg maka kadar gula dalam darahnya biasanya di atas 30 mg/100 mL (ana masa lahir dulu 3.2 kg tak silap hehe).

Kadar seperti ini (20 atau 30 mg/100 ml darah) merupakan keadaan bahaya dalam ukuran kadar gula dalam darah. Hal ini boleh menyebabkan terjadinya pelbagai penyakit:
  • Bayi menolak untuk menyusu;
  • Otot-otot melemas;
  • Berhenti secara terus-menerus aktiviti pernafasan dan kulit bayi menjadi kebiruan;
  • Kontraksi atau kejang-kejang; 
Dan kadang-kadang juga boleh menyebabkan sejumlah penyakit yang berbahaya dan berpanjangan, seperti:
  • Insomnia (tidak boleh tidur);
  • Lemah otak;
  • Gangguan saraf;
  • Gangguan pendengaran, penglihatan, atau keduanya;
  • Kejang-kejang secara berpanjangan dan kronik.
Sekiranya penyakit-penyakit ini tidak segera diubati, ianya boleh menyebabkan kematian walhal penawarnya sangat mudah iaitu memberikan zat gula yang berbentuk glukosa melalui mulut bayi (tahnik) ataupun melalui suntikan melalui pembuluh darah.

Amalan sunnah ini merupakan antara pendidikan awal anak-anak yang diajar oleh Nabi untuk kita melakukannya. Bagi sesiapa yang mampu, selepas ini boleh diteruskan dengan mengadakan Aqiqah (minimum; anak lelaki=dua ekor kambing, anak perempuan= seekor kambing)..

SubhanaLlah.sunnah yang simple tetapi kesan yang mendalam. MasyaAllah..sesungguhnya apa yang diperkatakan atau dilakukan oleh RasuluLlah SAW adalah wahyu dari Allah kesemuanya.. I'm proud to be Muslim!!

Tuesday, April 6, 2010

::sERai oH SeRai::

AlhamduliLlah, masih bernafas di muka bumi Allah...

Teringat masa balik kampung 3 dan 4 April yang lalu. Berbincang dengan abah pasal projek apa yang sedang ana buat di tempat kerja. Ana wat experiment mengenai pewarna dari natural product, pokok telang atau pun nama saintifiknya clitoria ternatea. Biasalah, kalau natural colorant, akan ada kandungan anthocyanin. Anthocyanin inilah yang ana kaji kat makmal. Di bawah ni, gambar yang sempat ana capture di rumah sebelum dipetik untuk dibuat experiment.




gambar ini diambil dari jarak dekat, so tak clear sangat sebab handset just 1.3MP.

Oh ye, sambung balik cerita.. Tengah-tengah cerita, tiba-tiba abah tanya pasal serai..Oh no, ana mana wat kajian pasal serai, so jawab je la apa yang termampu nak jawab berdasarkan sedikit ilmu yang masih bertapak di akal kurniaan Allah ini.. Abah cakap, orang israel tengah wat kajian pasal serai ni sebagai ubat untuk canser. Pastu, ana cek-cek la balik journal pasal serai ni kat science direct, scopus dan sebagainya. Hasilnya, ana jumpa beberapa nama seperti Efraim Lewinsohn, Nativ Dudai, Yaakov Tadmor, dsb dari Israel yang tengah wat kajian pasal serai ni. Ish2, abah lagi advance la..

Abah mesti interested pasal serai ni sebab kat rumah kami, ada banyak serai yang abah tanam. AlhamduliLlah, menjadi-jadi serainya hasil air tangan abah hehe. Siap boleh kongsi dengan orang-orang kat masjid lagi masa Raya Aidilfitri yang lepas. Abah cakap lagi, yang orang-orang kat Thailand, mengikut statistik kurang menghidapi kanser berbanding negara lain. Antara sebabnya ialah amalan pemakanan yang berasaskan serai ini.

Biasaya, orang wat essential oil dari serai ni. Serai atau nama botaninya Cymbopogen citratus ini akan melalui proses hydrodistillation atau penyulingan sebelum minyak pati diperolehi. Masa buat eksperimen untuk ijazah sarjana muda pun, ana menggunakan teknik hydrodistillation untuk mendapatkan minyak pati dari kulit limau. Aroma nya best, wangi hehe. Kandungan minyak pati ni tinggi dengan flavonoid yang mana ianya banyak manfaat antaranya antioksidan dan sebagainya.

Serai ini biasanya dijumpai di kawasan Asia seperti India, Thailand dan Malaysia khususnya. Selain itu, serai juga boleh tumbuh di kawasan Amerika, Afrika dan juga Australia. Di Malaysia, sebenarnya telah banyak juga kajian dibuat pasal serai ni dan banyak produk berasaskan serai telah dicipta dan dipasarkan.

Antara faedah serai ini adalah ianya dapat digunakan sebagai penenang kerana aromanya yang menenangkan (aromatheraphy), sebagai ubat darah tinggi kerana kesan terhadap anti-hypertensif nya, sebagai antioksidan untuk melambatkan penuaan hehe, dan sebagai antitoksin yang dapat mengurangkan paras asid urik dalam badan kita. Selain itu juga, ia juga boleh digunakan untuk menghalau serangga seperti nyamuk, lalat dan kutu hehe, kerana baunya yang kuat. Ia juga boleh dibuat teh untuk diminum dan juga boleh digunakan sebagai rawatan selepas bersalin.

Wah, macam pokok kelapa la pulak..pokok seribu guna...

::muTiaRa dan MaRJAn::

SubhanaLlah...
Terbaca pasal mutiara dan batu marjan dari laut...

Allah menarik perhatian kita kepada mutiara melalui ayat Al Quran “Dari keduanya keluar mutiara dan marjan.” (QS. Ar Rahmaan, 55: 22). Selanjutnya, mutiara juga disebutkan di dalam Al Quran sebagai salah satu perhiasan di Syurga.

SubhanaLlah, di mana-mana pun di atas muka bumi Allah ini, kita akan sentiasa menemukan bukti kekuasaan Allah 'Azzawajalla. Dan kedua-dua mutiara dan marjan ini ditemukan di dasar laut yang luas terbentang, di antara air tawar dan air masin di laut sebagai bukti kekuasaanNya.. SubhanaLlah..

Tahap-tahap perkembangan mutiara sangat mengagumkan. Mutiara umumnya dihasilkan oleh “tiram mutiara,” yang terdiri dari berbagai jenis. Cengkerang tiram cukup keras. Cengkerang luar tiram terbuat dari kalsium karbonat, sangat sukar untuk dibuka, sehingga dapat menghalang sebahagian besar musuh-musuh mereka. Kalsium karbonat juga memainkan peran penting di dalam proses pembentukan mutiara oleh tiram.



Tiram merasa terganggu bila pasir, kerikil, atau organisme parasit yang berbahaya masuk ke dalamnya. Dalam situasi yang sedemikian, tiram mengisolasi bendasing tersebut, sebagai cara perlindungan, dan mulai melapisinya dengan kulit mutiara. Proses pelapisan ini adalah tahap pertama pembentukan mutiara. Partikel asing yang memasuki tiram berfungsi sebagai inti atau biofilm dari pembentukan mutiara. Selama bertahun-tahun, permukaan zat inti ini akan dilapisi oleh lapisan kalsium karbonat yang terbentuk satu di atas yang lain.

Bagaimana kulit mutiara di dalam tiram dibuat? Ada dua bahan pokok yang membentuk kulit mutiara di antara lapisan-lapisan jaringan dalam tiram. Pada satu lapisan ada mineral yang disebut “aragonite,” yang mengandung kalsium karbonat; di lapisan yang lain ada zat perekat “conchiolin,” yang menahan aragonite di dalam mutiara. Oleh kerana aragonite merupakan zat yang setengah tembus cahaya atau lutsinar, zat ini menjadikan mutiara tampak bersinar. Tentu sahaja orang akan tertarik untuk bertanya bagaimana mungkin kedua zat ini dihasilkan oleh tiram (gabungan dari cengkerang dan daging yang bahkan tidak mempunyai otak); bahwa kedua zat ini kemudian bergabung dan, dengan cara melapisi butiran debu belaka, dapat membentuk benda yang sedemikian indah seperti mutiara. Mutiara yang sebenarnya dihasilkan oleh tiram sebagai suatu cara perlindungan, ternyata menjadi perhiasan yang indah bagi manusia.

Batu Marjan pula berwarna merah, ada merah terang dan ada merah tua. Ada kalanya juga berwarna putih dan ada juga yang hitam berkilat.  Jika dilihat dengan teliti kelihatan jalur-jalur seperti urat-urat kayu yang di potong.



Nama inggeris bagi batu ni ialah Coral. Nama terjemahannya ialah batu karang, ini kerana batu ni memang berasal dari karang laut yang sudah kaku seperti fosil. Permata marjan ini adalah sejenis hidupan laut yang disebut di dalam surah Ar-Rahman ayat 22. Sekarang ianya amat jarang ditemui kerana adanya kawalan alam sekitar yang ketat. Berbeza dari batu permata yang lain, marjan atau coral ini ialah berasal dari bahan organik seperti mutiara. Batu ini mengandungi kalsium yang tinggi. Dan kedua-dua mutiara dan marjan ini adalah antara perhiasan-perhiasan syurga. SubhanaLlah..

"dan nikmat Tuhan yang mana satukah yang kamu dustakan?"

Monday, April 5, 2010

::aPa ITu BaHaGiA??::

AlhamduliLlah...
Masih diberi kekuatan oleh Allah dalam menghadapi hari-hari mendatang..

"Bahagia itu dari dalam diri, kesannya zahir rupanya maknawi, terpendam bagai permata di dasar hati". Ayat ini ana quote dari lirik lagu UNiC. Mendalam dan jelas maksudnya. Hanya diri kita tahu sama ada kita bahagia atau tidak. Bila kita bahagia, kita akan menzahirkannya dengan perbuatan atau perlakuan kita. Mencapai hidup yang bahagia sebenarnya tidaklah sukar. Kebahagiaan sebenarnya bersumber dari dalam diri kita dan untuk mencapai kebahagiaan, kita cuma perlu menyelami diri kita sendiri. Hargai apa yang ada di sekeliling kita dan mensyukuri segala nikmat pemberianNya.


Ana terbaca buku Nak Jadi Jadi karangan HM Tuah Iskandar tadi, di dalam buku karangannya, diceritakan bahawa ada tiga tahap bahagia dalam hidup seseorang:
1. selepas melepasi alam pembelajaran
    - bahagiakah? kita dapat result yang baik atau sebaliknya?kita sendiri yang pilih..
2. sebaik sahaja mendapat kerja
    - bahagiakah? kita sendiri yang pilih kerja tu..
3. sebaik sahaja berkahwin
    - bahagiakah? kita sendiri yang pilih untuk menikah..


So, bahagia itu pilihan kita sendiri. Kita pilih untuk bahagia, kita bahagia..katanya...

Yang pasti, di salam firman Allah, surah Ar-Ra’d, ayat 29, “Orang-orang yang beriman dan beramal soleh, beroleh kebahagiaan yang amat mengembirakan dan tempat kembali yang sebaik-baiknya.”


Thursday, April 1, 2010

::pELihaRa LiDaH::

AlhamduliLlah, diberi kekuatan dapat hadir usrah untuk minggu ni...

Setelah diusrahkan dengan pengisian (tajuk mengenai kepentingan jemaah dan keburukan menjauhkan diri dari jemaah serta perbezaan antara jemaah Islam dan parti Islam), perbincangan dibuka dan salah satunya ialah bab mengenai gurauan...Gurauan yang keluar dari lidah...

Pelihara Lidah


Ya, antara saah satu sifat seorang muslim ialah memelihara lidah. Semestinya kita harus memelihara lidah kita daripada mengumpat orang, menjadikan orang lain sebagai bahan ejekan, melawak berlebih-lebihan, bercakap kasar, mencaci, menghina, tertawa kuat, rajin nak komen orang lain dan seumpamanya. (muhasabah diri sendiri sebenarnya)
Pesan Nabi saw:
“Orang yang beriman itu bukanlah orang yang suka menuduh, suka melaknat, suka cakap yang kotor-kotor dan keji.” [Riwayat at-Tirmizi]

Golongan yang rajin komen orang lain ini agak bahaya juga bila mana dia suka mempertikaikan tindakan orang lain untuk menunjukkan pemikirannya adalah lebih baik dan perlu diberi perhatian. Selagi mana niat mereka adalah untuk menasihati, itulah yang terbaik. Menasihati dengan berhikmah terlebih baik lagi. Golongan seperti ini akan menjadi cermin untuk kita sentiasa bermuhasabah. Semestinya Allah akan menguji hambanya apa yang mereka katakan.

Bergurau

Bagi bergurau pula, adakah kita sedar bahawa Islam juga meletakkan garis panduan ketika bergurau senda. Bukankah Islam itu agama yang syumul?? Sedar atau tidak, kita kadang-kadang berbohong untuk membuatkan orang ketawa. Padahal, berbohong itu sama sekali dilarang dalam Islam. Hatta Nabi Muhammad sendiri pernah bergurau tetapi tidak sampai tahap menipu. Bukankah menipu itu berdosa??
“Sesungguhnya aku bersenda gurau dan aku tidak mengatakan, selain yang benar.”[Riwayat at-Tirmizi]

“Celakalah orang yang memperkatakan sesuatu agar orang lain ketawa, lalu dia berdusta. Celakalah untuknya. Celakalah untuknya.”[Riwayat Ibnu Abid-Dun-ya dari Abu Hurairah]
Rasulullah telah memberi kita contoh gurauan yang mengikut anjuran Islam. Misalnya, seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah S.A.W., meminta tunggangan daripada baginda kerana hendak pulang ke negerinya. Apabila Nabi mendengar permintaan lelaki itu, baginda bersabda:

“Sesungguhnya aku akan menunggangkanmu di atas anak unta.”

Padahal, pada waktu itu Nabi berkata demikian hanya untuk bergurau. Lelaki itu merasa susah hati kerana memikirkan bagaimana anak unta yang kecil dan lemah boleh ditunggang untuk perjalanan yang jauh. Lalu, lelaki itu berkata,
“Apa yang boleh aku buat dengan seekor anak unta? Kalau kamu berikan pada aku, tentulah menjadi beban dan hanya menambahkan kesusahan saja, sebab ia masih kecil dan tidak boleh ditunggang.”

Maka Rasulullah S.A.W. berkata,
“Adakah yang melahirkan unta itu selain daripada unta betina? Maka itulah yang mahu aku berikan kepadamu iaitu unta besar yang asalnya dilahirkan oleh ibunya.” [Riwayat Abu daud dan at-Tirmizi dari Anas, Hadis shahih]

Konsep double meaning telah digunakan oleh baginda untuk bergurau. Baginda bergurau tanpa menyelitkan sebarang unsur-unsur penipuan. Sambil menceriakan sahabat, kita juga mengikut sunnah.

Cara Penyelesaian

Oh ya, dalam memelihara lidah, cara terbaik sebenarnya ialah diam. Luqman al Hakim juga pernah menyebut bahawa diam itu adalah kebijaksanaan. Dengan diam, sebenarnya kita dapet mengelakkan dari bercakap perkataan-perkataan yang tidak baik. Bagi yang dah terlepas cakap (ana juga), mari kita beristighfar bersama-sama..AstaghfiruLlah al adzim, allazi la ila ha illa huwal hayyul qayyum wa atubu ilaik. Membaca saiyidul istighfar juga terlebih baik..


"Setiap pembicaraan anak adam adalah (saksi yang) memberatkannya, bukan untuk kebaikannya, kecuali Dzikrullah, Amr Ma'ruf dan Nahi Munkar "...

Monday, March 29, 2010

::cReDiT unTuk IbU daN aBaH::

BismiLlahirrahmanirrahim...
AlhamduliLlah, selesai sudah majlis konvo semalam. Tahniah ibu dan abah sebab berjaya memberi pendidikan pd anak-anakmu. Angah akan terus belajar dan belajar dan belajar lagi sambil belajar, insyaAllah. Doakan diri ini dapat terus mengembara mencari ilmu di bumi Jordan pula. Banyak step selepas ni. Welcome to Real Life. Roda masa terus berjalan, tak tahu bila jatuh, bila bangun. Perlukan doa kalian.


"rasa refresh plak bila baca lirik ni dan nyanyi lagu ni walaupun taderla minat kat tuan punya suara asal"

GEMURUH
Faizal Tahir


Bila bertalu rentak di kalbu
Hasrat yang tersirat semakin ku buru
Bila bergema laungan gempita
Harapan bernyala nadiku berganda


Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa


Bila bertalu rentak di kalbu
Hasrat yang tersirat semakin ku buru
Bila bergema laungan gempita
Harapan bernyala nadiku berganda


Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa


Ungkapan ini bukan sekadar bermimpi
Segalanya pastikan terbukti nanti


Ulang :
Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa


'Apa yang baik datang dari Allah, yang buruk juga datang dari Allah tapi disandarkan atas diri saya sendiri. Asif 'ala kulli hal'

Friday, March 26, 2010

::RiNDu iBu aBaH::

AlhamduliLlah..
Dikurniakan ibu abah yang terbaik, insyaAllah...



I miss them..I miss their advices..I miss all about them..
Ya Allah, please take care of them ya Allah..
Permudahkan segala urusan mereka ya Allah..

"Rabbighfirli waliwalidaiya warhamhuma kama raBbayani soghiro"

::iSTimEwA::

SubhanaLLah, indahnya ayat al Quran..

Oleh kerana baru lepas membaca surah Yaasin, maka ingin berkongsi sesuatu tetapi sedikit je...
Cuba perhatikan surah Yaasin, ayat ke 40. Saya hanya ingin 'stress'kan perkataan "kullun fi falakin". Ayatnya terdiri dari huruf " kaf-lam-fa-wau-fa-lam-kaf"..nampak tak susunan hurufnya?? huruf wau menjadi centre...Indahnya susunan huruf yang Allah ciptakan...Itu baru huruf, belum maknanya lagi..

MasyaAllah :D

Thursday, March 25, 2010

.:jEmPuTaN (^_~)v

AlhamduliLlah..

Atas nikmat yang diberikan oleh Allah. InsyaAllah, pd 28hb ni, saya akan menghadiri konvokesyen kali ke dua bertempat di Dewan Sultan Ismail, UTM. Mari kita datang untuk meraikan graduan dan meriahkan majlis. Jangan lupa, singgah di gerai2 di pesta konvo amnya dan gerai PMI UTM khususnya. Saya bercadang untuk mencari senaskhah al Quran, memandangkan al Quran milik saya sudah terkena air tempoh hari. Mengikut iklan, senaskhah tafsir al Quran yang bersaiz comel serta dilengkapi dengan zip berharga RM34.00

"AlhamduliLlahi 'ala kulli hal wa astaghfiruka 'ala kulli zanbin"

::reFreSH sEmuLa uSRaH sEmaLaM::

AlhamduliLlah...

Berjaya jugak menghadirkan diri ke usrah minggu ni. Peringatan yang baik. Tentang kepentingan dakwah dan jemaah. Seperti biasa, surah ali Imraan ayat 104 dan 110 selalu diulang-ulang, bersama hadis dan kaedah fiqh yang sama. Terima kasih atas peringatan.

Begitu juga mengena isu semasa yang membincangkan mengenai kes pembuangan bayi yang berleluasa.Amat menyedihkan, tetepi itulah hakikat. Yang kebanyakannya berpunca dari zina, na'udzubiLlahi min zaalik. Teringat saat mendengar kuliah ustaz Rifqi perihal sebuah rumah di bawah jagaannya yang menempatkan golongan remaja perempuan yang sudah terlanjur dan sedang mengandung. Bayi2 dalam kandungan tersebut, setiap hari diperdengarkan dengan alunan ayat2 suci al Quran dan hasilnya, apabila lahirnya bayi2 ini, mereka amat sensitif dengan al Quran dan seharusnya perkara2 yang baik. Ya, bukan mudah untuk menasihati renaja2 sekarang yang rata2 sudah menjadi "buluh". Jadi, usaha yang dilakukan oleh ustaz ini, seharusnya dicontohi dalam menyedarkan remaja dan mengurangkan pembuangan bayi. Teramat penting, perundangan Islam yang perlu diberi perhatian. Tanpa perundangan Islam, inilah hasilnya, kes2 pembuangan bayi semakin berleluasa.

"Ya Allah, sekiranyaEngkau mengetahui bahawa aku beriman denganMu dan RasulMu, dan aku memelihara kehormatanku hanya untuk suamiku, maka janganlah biarkan aku menjadi mangsa orang kafir dan orang zalim"

Wednesday, March 24, 2010

::TeRinGaT::

Masya Allah...

Teringat pula pada saudara-saudara seislam di Ghazzah, Palestin. Khabarnya tentera2 israel laknatuLlah bakal menyerang mereka lagi pada 29 dan 30 Mac ini, wana'udzubiLlah. Ya Allah, kuatkan mereka ya Allah, tabahkan mereka ya Allah dalam menempuh apa jua serangan. Engkaulah sebaik-baik penolong ya Allah. Mari tingkatkan doa. Doa senjata mukmin.

"ALlahummansuril mujahidina fi Falestine,wa fi Malizia wa fi kulli makan"

::aYuH TeRuSkan peRjaLanaN::

AlhamduliLlah...

Masih dikurniakan nikmat Islam, Iman dan Jemaah. Tetapi semakin bertambah umur, bertambah tanggungjawab. Tak tahu mampu untuk meneruskannya atau tidak. AlhamduliLlah, dilahirkan sebagai muslim, ada Allah sebagai tempat mengadu dan terus kuat untuk melangkah kaki meneruskan perjalanan. Semoga setiap perbuatanku ini dikira sebagai ibadah oleh Allah Azzawajalla. Semoga Allah mempermudah setiap urusan.

"HasbunaLlahu wa nikmal wakil, nikmal maula wa nikman nasir"