Showing posts with label muhasabah. Show all posts
Showing posts with label muhasabah. Show all posts

Friday, July 8, 2011

::PePoHoN ciPTaaN ALlahu RaBBi ::

Tiada sia-sia segala apa yang telah Allah jadikan...SubhanaLlah, AlhamduliLlah, ALlahu akbar!!!

"Maka adakah kamu perhatikan api yang kamu? Adakah kamu yang menumbuhkan kayu itu atau Kami (Allah) yang menjadikan? Kami (Allah) menjadikannya peringatan dan kesenangan bagi musafir. Maka bertasbihlah dengan nama Rabb (Tuhan) engkau al-‘Adzim (Yang Maha Besar) (56 : 71-74)

AlhamduliLlah, dapat lagi saya mencuri masa menaip sesuatu supaya blog ini dapat dikemaskini..Ingin berkongsi dengan sahabat-sahabat betapa hebatnya ALlah yang telah memberi kita manual dalam melalui alam dunia. Memandangkan pagi tadi, saya membaca tafsir sural al Waqi'ah, maka apa yang berlegar-legar di dalam otak ini terasa ingin diluahkan dalam bentuk penulisan (boleh kata agak laju juga saya menaip sekarang ini, maaf andai tersalah bahasa)...


ALlah telah menjadikan manusia seawal penciptaan Nabi Adam 'alaihissalam tetapi AlQur'an yang merupakan mukjizat ini diturunkan semasa zaman Nabi Muhammad (S.A.W.) menjadi utusan~sama-sama berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad, rahmat sekalian alam..Pada bahagian intro, saya telah sertakan sekali maksud ayat 71-74 Surah alWaqi'ah. Pada ayat tersebut, ALlah telah menyatakan kepentingan kayu atau pepohonan kepada sang musafir...

Terfikir sebentar tadi..memang sangat2 berguna kayu/pepohonan sepanjang permusafiran..Antaranya:-

i. Kayu boleh dijadikan tongkat sepanjang permusafiran. Saya ada terbaca dalam buku pengakap abah saya (tak boleh nak buat nota kaki sebab baca dah lama n biasalah~~terlupa) yang mengatakan sekiranya kita berada di dalam hutan/perjalanan, kayu yang panjang yang boleh dijumpai sepanjang perjalanan boleh dijadikan sebagai tongkat n tongkat ini sangat bermanfaat antaranya ketika mendaki bukit, menghalau binatang2 berbisa sepanjang perjalanan, dan sebagainya.


ii. Kayu buleh dijadikan bahan bakar sekiranya kita tersesat dan perlu berkhemah di tempat2 yang kita tidak ketahui di mana, kita boleh membuat unggun api supaya suasana akan terang benderang, dapat masak air + makanan n cahaya api akan megelakkan kehadiran binatang berbisa insyaAllah... Agaknya, pada masa akan datang boleh jadik bahan bakar kereta juga sebab petrol asyik naik harga...


iii. Kayu juga boleh dijadikan sebagai panduan untuk menentukan arah mata angin berdasarkan kehadiran lumut pada batang kayu pokok. Penting kerana ia boleh menentukan arah kiblat sekiranya ketiadaan kompas..Seperti mana yang kita ketahui, kebanyakan lumut memerlukan kelembapan untuk reproduksi. Sekiranya kita melihat sebuah pokok kayu, bahagian yang dipenuhi lumut adalah arah barat dan yang tiada lumut @ kurang adalah bahagian timur..Ini kerana matahari terbit dari arah TIMUR..


Sebagai konklusinya, jagalah bumi kita, save our environment..Yang pentingnya ialah, kita patut bersyukur kerana setelah diteliti, dikaji, diamati, dan dihayati, agama Islam is the BEST RELIGION EVER.. AlhamduliLlah..Kita ada ALlah yang menciptakan ini semua dan sangat2 memahami kehendak/keperluan makhluknya...Semoga ini akan menambahkan keimanan dan keyakinan kita semua terhadap Allahul Khaliq dan Islam...


ALlahu a'lam.....

Sunday, April 10, 2011

:: BeauTiFuL ::

AlhamduliLlah, masih berada di atas muka bumi Allah dan masih mampu menyebut asma' Allah..

Pagi ini hari yang penuh hikmah buat saya n sahabat...hehehe..

AlhamduliLlah, pagi tadi saya n sahabiah2 ditugaskan untuk training pelajar PASTI Gelang Patah untuk perlawanan bola jaring..Pada awalnya, masa kami handle warming up, suasana agak skema...sehinggalah cikgu PASTI datang membantu untuk memanaskan keadaan..hehe..So,buat sesuatu biar bersungguh-sungguh n kena tengok tempat dan pesertanya.. And credit to cikgu PASTI yang mencemar duli menghadirkan diri time training murid-murid (ada 11 orang murid semuanya)..Bukan mudah sahabat2, untuk menjadi seorang cikgu especially cikgu PASTI..Beratnya amanah yang dipikul untuk membentuk anak-anak kecil mengenal dunia berlandaskan syariat..

Okes, pastu on the way balik rumah pula, kereta sahabiah saya terkandas di pertengahan jalan dek kerana keyakinan yang tinggi bahawa minyaknya cukup untuk sampai ke destinasi..Bagus juga..respect ngan die sebab die jenis yang confident..Tapi biasa la kan, ad masa2, kita tatau apa yang akan berlaku..Bak kata orang zaman dulukala "malang tak berbau" hehe...Credit untuk En. Amin, Dr.Karim, Dr. Megat n En. Mekanik pandu Vios yang sangat prihatin...So, sebelum travel, kita kena pastikan "buraq" yang kita naiki mestilah ader minyak...huhu...Pengajaran buat diri..Tapi ada hikmahnya...~~Oh, indahnya hidup berjemaah~~

Oh yer, tak lupa juga nak ucapkan TQ very much pada cik puan Husna sebab nak singgah rumah acik saya di Pulai Emas.. Rindu sangat dah dengan si comel Rifqi..Tu yang ajak Husna..


:: Husna n Rifqi

:: gambar ni Hairi yang tangkap..Blurr gambarnya...almaklumlah, kamera henset 1.3mp jer..

:: Rifqi tidor la.~~~

Comel kan Rifqi...AlhamduliLlah, lepas tu perut kitorang (saya n Husna) kenyang dah diisi dengan nasi, sayur kangkung, sayur sawi, ulam raja, ikan goreng, sambal ikan bilis n kerang rebus hasil ayer tangan acik...TQ acik..Penat sket hari ni, tapi best..TQ Allah...

ESOK KENA KERJA!!!!!~~uhhh

Thursday, July 8, 2010

::KeMBaLi::


Munsyid : Tashiru

Harapan dari setiap insan kesenangan serta ketenangan
mengarungi hidup ini tanpa ada cubaan
sayang harapan itu tak pasti karna cobaan akan terjadi
tuk menguji sabar diri dan ketaqwaan
akankah kita tetap tegar menjalaninya dengan keikhlasan
ataukah terjerumus ke dalam keputusasaan

Katakanlah kali ini adalah miliknya Allah
yang akan kembali kepadanya kapan dan dimana saja
dan berdoalah mohon ampunan dari semua kesalahan
agar mendapat keredhoan dan pertolongan

sayang harapan itu tak pasti karna cubaan akan terjadi
tuk menguji sabar diri dan ketaqwaan
akankah kita tetap tegar menjalaninya dengan keikhlasan
ataukah terjerumus kedalam keputusasaan

katakanlah kali ini adalah miliknya Allah
yang akan kembali kepadanya kapan dan dimana saja
dan berdoalah mohonampunan dari semua kesalahan
agar mendapat keredhaan dan pertolongan Dalam Ujian

katakanlah kali ini adalah miliknya Allah
yang akan kembali kepadanya kapan dan dimana saja
dan berdoalah mohon ampunan dari semua kesalahan
agar mendapat keredhoan dan pertolongannya

katakanlah kali ini adalah miliknya Allah
yang akan kembali kepadanya kapan dan dimana saja
dan berdoalah mohon ampunan dari semua kesalahan
agar mendapat keredhoan dan pertolongan Dalam Ujian

Monday, June 14, 2010

:: InDaHNya ciPTaAn-Mu ::

Munsyid : De Hearty
http://liriknasyid.com

Kuberjalan merentasi dunia
Memerhatikan keajaiban ciptaan Tuhan
Terlalu agung untuk ditandingi
Hebatnya kuasa Yang Maha Esa

Terasa terhibur mendengar siulan
Kicauan burung - burung berterbangan
Desiran ombak menyusur pantai
Deru angin yang tidak bertepian ho...

Oh Tuhanku, agungnya kuasa-Mu
Menciptakan segala - galanya penuh misteri
Kehijauan gunung dan birunya langit
Semuanya membuat ku berasa kagum

Oh Tuhanku, megahnya rasa dihati
Gembira terpesona dengan keindahan
Menggamit hatiku yang sunyi sepi
Mengucap syukur atas kurniaan Illahi

Indahnya dunia ciptaan Yang Esa
Tidak terjangkau oh pandangan minda
Segala yang ada tercipta dengan sempurna
Tiada yang dapat menandinginya

Oh Tuhanku, agungnya kuasa-Mu
Menciptakan segala - galanya penuh misteri
Kehijauan gunung dan birunya langit
Semuanya membuat ku berasa kagum

Oh Tuhanku, megahnya rasa dihati
Gembira terpesona dengan keindahan
Menggamit hatiku yang sunyi sepi
Mengucap syukur atas kurniaan Illahi

Monday, May 31, 2010

:: kUkIRa, AkU suDaH cukUP MaTanG::

AlhamduliLlah, masih diberi peluang bernafas dengan udara percuma milik ALlah yang Maha Esa. Diberikan masa selama empat hari untuk memberikan jawapan dalam membentuk diri pada masa depan bukanlah sesuatu yang mudah.Agak sukar bagi diri ini sebenarnya.Manjakah aku???
Aku mengandaikan bahawa hidupku tidak akan dipenuhi dengan peluang-peluang yang membuatkan aku 'rambang mata', tetapi ALlah paling baik perancangannya, Dia mahukan aku membesar menjadi matang dalam membuat keputusan tanpa pengaruh orang sekeliling. Dialah yang terbaik dalam merancang. Aku dipenuhi dengan peluang2 yang mana hanya Dia yang mengetahui apa yang terbaik untuk diriku.


Apabila diri perlu membuat keputusan, mahu atau tidak, kata putus harus dicapai dan seterusnya redhalah dengan pilihan sendiri dan teruskan menghadapinya, insyaAllah dengan doa, tawakal dan usaha yang tak pernah jemu, kita boleh melakar 'kejayaan' dengan keputusan yang kita telah pilih.


Ya, aku perlu teruskan kembara ilmu ini, biarpun jalannya panjang tetapi kurasa aku akan lebih bahagia bila berada di samping keluarga dan sahabat yang memahami. Doakan yang terbaik untukku. Terima kasih Allah kerana memberi peluang aku merasa bahagia.

++JiHaD, kU inGiN mEnYerTaimU++

Qunut Nazilah

Ya Allah,
Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh2 kami
Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan2 mereka
Ya Allah,
Leburkanlah kumpulan2 mereka
Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka
Goncangkan pendirian mereka
Dan hantarkanlah anjing2 kamu kepada mereka
Wahai tuhan yang gagah perkasa Wahai tuhan yang penuh raksasa
Wahai tuhan yang bersifat murka
Ya allah Ya allah Ya allah Ya allah,
Wahai tuhan yang menurunkan kitab,
Wahai tuhan yang mengarakkan awan
Wahai tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab
Kalahkan mereka Kalahkan mereka
Kalahkan mereka Dan menangkan kami ke atas mereka

Surah al Fil


BismiLlahirrahmanirrahim..
InsyaAllah, semoga doa qunut nazilah yang kita lafazkan dan surah al Fil yang kita alunkan menjadi titik tolak kemenangan umat Islam di Palestin...Perit, pedih dan sedih bila mana si keji Israel melakukan perkara2 yang zalim dan kejam terhadap umat Islam Palestin...Israel tidak layak mengambil alih Palestin. Israel bukanlah sebuah negara sepertimana doktrin2 yang mereka gagaskan bahawa Palestin adalah milik mereka... Tidak sama sekali...Mereka hanya penjajah..Tanah itu tanah milik Palestin.


Bukan sahaja rakyat di Palestin tidak diberi bantuan, malahan dihalang untuk menerima bantuan kemanusian...Bukan sahaja rakyat Palestin dizalimi, malahan umat Islam yang ingin membantu juga diperangi..zalim sungguh...Wahai si keji Israel, ketahuilah pembalasan Allah itu sangat pedih azabnya jika kamu mengetahuinya....


Masih menantikan detik-detik kemenangan umat Islam..Mungkin bukan sekarang, bantuan Allah akan sampai pada waktu dan detik yang tepat dalam perancangan ALlah..Mari sama-sama kita perbaiki diri supaya setiap doa kita makbul...

Monday, May 24, 2010

::aiR daRi miCRoWavE::

Gambar di bawah menunjukkan projek pameran sains di negara barat. Air tapis diambil dan dibahagi dua. Satu dipanaskan dengan menggunakan periuk dan satu lagi dipanaskan menggunakan microwave. Lihat apa yang boleh dibuat oleh kedua-dua jenis air yang dipanaskan ini dan hasilnya:











Haha..ada berani minum air dari microwave???

Tuesday, May 4, 2010

Dosa-Dosa & Facebook -UZAR

Enam perlakuan dan perbuatan melalui facebook yang boleh mengundang dosa melalui laman facebook, iaitu :-


1) Mendedah keaiban suami, isteri di facebook.

Terdapat beberapa kes yang dilihat sama ada secara langsung atau tidak langsung, pemilik facebook meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci, marah terhadap pasangan di ruang status mereka. Mendesak suami atau isteri juga melalui status facebook. Kemudian, status tersebut mendapat komentar pelbagai dari rakan-rakan mereka. Tertekanlah sang suami atau isteri.

Sebagaimana yang disebut oleh ramai specialist di dalam bidang rumah tangga, kebanyakan wanita suka berkongsi dan meluahkan perasaan mereka kepada orang lain sebagai pelepas kepada beban yang ditanggung. Adakalanya ia mungkin bukan bertujuan untuk menjatuhkan suaminya, bukan pula untuk tujuan membuka aib suami atau untuk mencari penyelesaian. Pendedahan itu hanya sebagai pelepas tekanan di dalam diri.

Namun, tanpa disedari perbuatan tersebut tergolong dalam mengumpat yang diharamkan oleh Islam. Semua perlu memahami bahawa mereka tidak boleh sewenangnya bercerita perihal rumahtangga atau pasangan mereka secara terbuka sama ada melalui facebook atau kepada rakan di pejabat dan sebagainya. Sebarang masalah yang sudah tidak dapat diselesaikan olehnya, hanya dibenarkan untuk diluahkan kepada seseorang yang diyakini punyai autoriti seperti ibubapa, mertua dan adik beradik yang diyakini boleh berperanan membantu, bukan berpotensi mengeruhkan lagi keadaan. Boleh juga dikongsikan secara tertutup kepada pihak ketiga seperti Qadhi, Mufti, para ilmuan sama ada Ustaz, Ustazah atau Kaunselor Rumahtangga.

Pendedahan masalah dan info yang boleh mengaibkan suami (dan isteri) TIDAK DIBENARKAN sama sekali disebarkan melalui facebook. Apabila ia dilakukan, ia dengan mudah sekali boleh mengundang dosa.

Terdapat sebahagiannya info tidak secara langsung mengaibkan pasangan, tetapi selaku pembaca, kita dapat ‘membaca' dan mengetahui secara tersirat bahawa si pemilik sedang ‘perang dingin' dengan pasangannya. Ada juga yang difahami, suaminya sedang gagal memenuhi apa yang diingininya, bersifat kurang baik kepadanya dan sebagainya. Ingatlah semua, rumahtangga adalah amanah, jangan meruntuhkannya melalui facebook.

Beramanahlah, berikan suami dan isteri anda password facebook anda, agar mereka sentiasa boleh meneliti mesej-mesej yang dihantar kepada anda. Boleh juga pasangan berperanan selaku penyemak dan memadam (delete) mana yang perlu jika dimasukkan secara emosi tanpa pertimbangan aqal yang wajar.

2) Terlebih gambar

Ramai di kalangan wanita hari ini sudah mempunyai facebook, mungkin sudah menjadi lumrah wanita yang biasanya inginkan kecantikan dan pujian terhadap kecantikannya. Oleh itu, semakin ramai wanita yang memuatkan gambar mereka, sama ada jarak dekat, sangat dekat ( sehingga memenuhi ruang kotak gambar) dan jauh (beramai-ramai atau seorang diri). Ditambah pula lagi dengan gaya, aksi dan fesyen yang pelbagai.

Agak pelik juga kerana sebahagian mereka sudah bersuami dan kelihatan suami mereka memberikan sepenuh keredhaan atas tayangan gambar sedemikian kepada khalayak, tanpa sebarang rasa cemburu dan prihatin. Lebih merbahayakan, ramai pula lelaki yang menontonnya, sebahagiannya memberikan pujian, malah ada yang berani bergurau senda, dan membuat ‘lamaran' nafsu.

Lebih pelik, tuan punya facebook yang sepatutnya mampu mengawal dan memadam sebarang komen kurang etika, kelihatan membiarkan sahaja lamaran nafsu (seperti ajakan dating, kahwin - padahal wanita telah bersuami) tersebut di ruangan komentar gambarnya, tanpa rasa bersalah.

Berterusan bercanda mereka melalui ruang komentar, si lelaki dan wanita ada juga yang telah beristeri dan bersuami, cuma atas tiket kawan lama, sepejabat dan sebagainya, hal tersebut dibiarkan. Malah jika kedua-duanya masih bujang sekalipun, ia tetap BERDOSA dan SALAH di sisi Islam kerana ia termasuk dalam kategori larangan Allah ‘janganlah kamu menghampiri zina'.

Saya bimbang, ramai pula lelaki yang menjadi dayus dek kerana gambar isteri terdedah aurat ( atau menutup aurat kurang sempurna) ditayang sehabisnya di facebook. Baca perihal ciri lelaki dayus di sin ( http://www.zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=546&Itemid=99)

3) Penyamaran

Lelaki menyamar sebagai wanita untuk menjadi friend dan seterusnya mendapat maklumat wanita. Ada dilaporkan juga, sebahagian lelaki berang kerana tidak diluluskan menjadi ‘friend' seseorang wanita. Akibatnya, si lelaki tidak mendapat kemudahan akses kepada gambar-gambar wanita tersebut. Bagi membolehkannya mendapat akses, terdapat lelaki yang mula menyamar menjadi wanita, meletakkan gambar mana-mana wanita yang boleh dijumpai secara mudah tertebaran di internet, diletakkan sebagai dirinya. Melalui cara itu, lelaki ini berjaya menjadi friend dan menonton seluruh gambar wanita terbabit dan berbuat apa yang disukainya dengan gambar itu.

Si wanita yang pada asalnya merasa selamat kerana merasakan dirinya telah menapis sebaiknya, rupanya masih terdedah gambarnya kepada yang orang yang tidak sepatutnya. Kerana itu, walau anda hanya membenarkan friend untuk menatapi gambar anda, pastikan semua gambar tersebut masih terhad dan terjaga.

4) Download gambar untuk simpanan dan tatapan.

Dimaklumkan juga, akibat dek kerana gambar wanita yang terlalu ‘bersepah' difacebook, terdapat lelaki berhati buas yang memuat turun gambar tersebut dan disimpan sebagai koleksi peribadinya. Justeru, sedarlah, mana-mana wanita yang dikurniakan Allah punyai ‘rupa' yang menurut pandangan ramai sebagai elok dan menawan. Golongan sebegini amat perlu sekali lebih berwaspada lebih daripada mereka yang lain.

Malangnya, golongan rupawan ini kelihatan lebih ghairah menjaja gambar mereka untuk mendapat lebih banyak pujian dan ...'DOSA'. Simpan sahajalah gambar-gambar 'kiut' (cute) anda, cukuplah ia buat tatapan suami. Cukuplah pujian rakan sekeliling yang benar-benar mengenali anda. Tidak perlulah tamakkan pujian manusia luar.

Tunggu sahajalah pujian para malaikat dan bidadari di Syurga nanti, terlampau tidak sabarkah wahai diri? Sedarilah, ke'kiut'an anda mungkin menjadikan sebuah rumahtangga hancur, kecemburuan wanita lain, kerana boleh wujud gejala suami yang membanding-bandingkan wajah dan tubuh anda dengan isterinya. Jika itu berlaku, pemilik gambar mendapat dosa.

5) Tagging gambar tanpa izin dan gambar silam yang membuka aurat.

Tagging atau menandakan sesuatu gambar yang disiar merupakan satu fungsi mudah untuk menyebarluaskan gambar seseorang termasuk diri sendiri kepada kenalan dan rakan. Malangnya fungsi ini menjadi sumber dosa yang banyak juga dewasa ini. Isu ini juga telah pernah diulas oleh beberapa penulis lain seperti Sdr Shahmuzir dan Ust Abu Umair.

Ini adalah kerana, terdapat ‘trend' menyebarkan gambar-gambar lama, dan kemudian meletakkan tagging kepada individu di dalam gambar. Perlu disedari, setiap gambar yang di'tag', akan muncul dan boleh dilihat oleh semua friend punya rakan (friend).

Ini boleh menjadi dosa, kerana :-

a- Sebahagian individu di dalam gambar terbabit mungkin dahulu tidak menutup aurat, tetapi kini telah menutup aurat. Justeru penyebaran gambarnya yang tidak menutup aurat adalah haram.

b- Individu terbabit berada di dalam rumah, bersama keluarga, justeru penutupan auratnya tidak begitu sempurna kerana di dalam rumah sendiri atau di dalam keadaan ‘candid', tetapi akibat ketidakperihatinan sebahagian ahli keluarga terhadap hal aurat. Gambarnya yang sedemikian tersebar. Sepatutnya, kita yang di'tanda' boleh dengan segera delete 'tag' itu, hasilnya walau gambar masih tersiar tetapi ia tidak mempunyai sebarang pengenalan. Itu paling kurang boleh dilakukan oleh individu yang prihatin dan berawas-awas. Namun malangnya, sebahagian pemilik facebook tidak sedar mereka boleh ‘untagged' nama mereka. Malah kalau mereka boleh untagged sekalipun, penyebaran gambar sedemikian tetap salah dan berDOSA di dalam Islam.

c- Gambar mengaibkan orang lain. Gambar yang disiarkan itu, walaupun menutup aurat, tetapi dalam situasi mengaibkan. Mungkin ia tidak mengaibkan individu yang menyiarkannya kerana dia dalam keadaan baik dan bagus. Namun rakannya berada dalam situasi mengaibkan, tambahan pula dia kini merupakan ‘seseorang' yang terhormat, punyai kedudukan baik di mata masyarakat,. Apabila gambar sedemikian disiarkan, ia mencemar nama baiknya. Penyiaran sebegitu sama seperti mengutuknya secara langsung di khalayak ramai, sama ada sengaja atau tidak, semua perlu sedar..anda mungkin bebas menyiarkan gambar anda, namun gambar orang lain. Keizinan perlu diperolehi terlebih dahulu sebelum siaran dibuat.

6. Mengutuk diri sendiri & kebaikan

Adakalanya terdapat juga wanita-wanita berpenampilan cukup solehah, berpakaian extra caution dalam bab aurat sewaktu zaman universiti atau sekolahnya. Namun sesudah masuk ke alam pekerjaan dan perkahwinan, imejnya berubah begitu drastik dengan make up cukup jelas menghiasi wajah, baju bekerlipan warnanya, yang tebal dahulu sudah jadi nipis, adakalanya tidak sempurna dan macam-macam lagi. Alasannya? Seribu satu macam. Suami pula mungkin bukan dari jenis yang cermat untuk menegur dan menasihat.

Yang menyedihkan, apabila tersiar gambar lamanya yang berpakaian extra caution lagi sopan di facebook, disiarkan oleh rakan-rakan lama. Tuan punya tubuh, kelihatan tanpa malu dan segan mengutuk dirinya sendiri sama ada secara langsung atau tidak langsung. Lahirlah kata-kata, ‘zaman aku ekstrem', ‘zaman solehah', ‘waktu innocent', zaman-zaman suci', 'itu zaman kuno dulu', 'itu masa duduk bawah tempurung' dan lain-lain frasa yang sepertinya.

Tanpa disedarinya, ia mendedahkan keaiban dirinya sendiri, apabila berkata zaman solehah, bermakna kini adakah dia mengaku tidak lagi solehah, tidak suci dan sebagainya?. Demikian juga ayat-ayat lain di atas.? Ia juga sekaligus seolah mengutuk pemakaian sopan dirinya dahulu. Ingatlah wahai diri, jika tidak mampu istiqamah atas pakaian dan penampilan dahulu, janganlah sampai mengutuknya. Kerana ia sama seperti mengutuk pakaian yang sopan lagi baik, seolah mendahulukan yang kurang baik.


KESIMPULAN

Itulah facebook, ia boleh menjadi sumber pahala, jika diguna dengan betul, boleh menjadi pemudah azab jika digunakan tanpa ilmu dan limitasi. Berhati-hatilah dan berpada-padalah pemilik facebook.

Niat untuk mendekatkan ukhuwwah antara rakan lama, sekolah dan sebagainya tidak sama sekali boleh menghalalkan sembangan mesra, gurauan senda di antara suami dan isteri orang, antara lelaki dan wanita yang bukan mahram. Ia hanya akan membawa kepada kemudaratan dan keruntuhan rumahtangga. Janganlah lagi mempermainkan nama'ukhuwah' untuk berbuat dosa.

Ukhuwwah itu hanya terhad sesuatu yang membawa kepada ingatan kepada Allah, mengajak kebaikan dan menjauh kemungkaran. Lihatlah surah al-Hujurat dan fahamkan kalam Allah sebaiknya akan erti ukhuwwah di kalangan mukmin.

Sekian


Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net
ORIGINAL ARTICLE : http://www.zaharuddin.net/content/view/930/72/

Monday, April 5, 2010

::aPa ITu BaHaGiA??::

AlhamduliLlah...
Masih diberi kekuatan oleh Allah dalam menghadapi hari-hari mendatang..

"Bahagia itu dari dalam diri, kesannya zahir rupanya maknawi, terpendam bagai permata di dasar hati". Ayat ini ana quote dari lirik lagu UNiC. Mendalam dan jelas maksudnya. Hanya diri kita tahu sama ada kita bahagia atau tidak. Bila kita bahagia, kita akan menzahirkannya dengan perbuatan atau perlakuan kita. Mencapai hidup yang bahagia sebenarnya tidaklah sukar. Kebahagiaan sebenarnya bersumber dari dalam diri kita dan untuk mencapai kebahagiaan, kita cuma perlu menyelami diri kita sendiri. Hargai apa yang ada di sekeliling kita dan mensyukuri segala nikmat pemberianNya.


Ana terbaca buku Nak Jadi Jadi karangan HM Tuah Iskandar tadi, di dalam buku karangannya, diceritakan bahawa ada tiga tahap bahagia dalam hidup seseorang:
1. selepas melepasi alam pembelajaran
    - bahagiakah? kita dapat result yang baik atau sebaliknya?kita sendiri yang pilih..
2. sebaik sahaja mendapat kerja
    - bahagiakah? kita sendiri yang pilih kerja tu..
3. sebaik sahaja berkahwin
    - bahagiakah? kita sendiri yang pilih untuk menikah..


So, bahagia itu pilihan kita sendiri. Kita pilih untuk bahagia, kita bahagia..katanya...

Yang pasti, di salam firman Allah, surah Ar-Ra’d, ayat 29, “Orang-orang yang beriman dan beramal soleh, beroleh kebahagiaan yang amat mengembirakan dan tempat kembali yang sebaik-baiknya.”


Thursday, April 1, 2010

::pELihaRa LiDaH::

AlhamduliLlah, diberi kekuatan dapat hadir usrah untuk minggu ni...

Setelah diusrahkan dengan pengisian (tajuk mengenai kepentingan jemaah dan keburukan menjauhkan diri dari jemaah serta perbezaan antara jemaah Islam dan parti Islam), perbincangan dibuka dan salah satunya ialah bab mengenai gurauan...Gurauan yang keluar dari lidah...

Pelihara Lidah


Ya, antara saah satu sifat seorang muslim ialah memelihara lidah. Semestinya kita harus memelihara lidah kita daripada mengumpat orang, menjadikan orang lain sebagai bahan ejekan, melawak berlebih-lebihan, bercakap kasar, mencaci, menghina, tertawa kuat, rajin nak komen orang lain dan seumpamanya. (muhasabah diri sendiri sebenarnya)
Pesan Nabi saw:
“Orang yang beriman itu bukanlah orang yang suka menuduh, suka melaknat, suka cakap yang kotor-kotor dan keji.” [Riwayat at-Tirmizi]

Golongan yang rajin komen orang lain ini agak bahaya juga bila mana dia suka mempertikaikan tindakan orang lain untuk menunjukkan pemikirannya adalah lebih baik dan perlu diberi perhatian. Selagi mana niat mereka adalah untuk menasihati, itulah yang terbaik. Menasihati dengan berhikmah terlebih baik lagi. Golongan seperti ini akan menjadi cermin untuk kita sentiasa bermuhasabah. Semestinya Allah akan menguji hambanya apa yang mereka katakan.

Bergurau

Bagi bergurau pula, adakah kita sedar bahawa Islam juga meletakkan garis panduan ketika bergurau senda. Bukankah Islam itu agama yang syumul?? Sedar atau tidak, kita kadang-kadang berbohong untuk membuatkan orang ketawa. Padahal, berbohong itu sama sekali dilarang dalam Islam. Hatta Nabi Muhammad sendiri pernah bergurau tetapi tidak sampai tahap menipu. Bukankah menipu itu berdosa??
“Sesungguhnya aku bersenda gurau dan aku tidak mengatakan, selain yang benar.”[Riwayat at-Tirmizi]

“Celakalah orang yang memperkatakan sesuatu agar orang lain ketawa, lalu dia berdusta. Celakalah untuknya. Celakalah untuknya.”[Riwayat Ibnu Abid-Dun-ya dari Abu Hurairah]
Rasulullah telah memberi kita contoh gurauan yang mengikut anjuran Islam. Misalnya, seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah S.A.W., meminta tunggangan daripada baginda kerana hendak pulang ke negerinya. Apabila Nabi mendengar permintaan lelaki itu, baginda bersabda:

“Sesungguhnya aku akan menunggangkanmu di atas anak unta.”

Padahal, pada waktu itu Nabi berkata demikian hanya untuk bergurau. Lelaki itu merasa susah hati kerana memikirkan bagaimana anak unta yang kecil dan lemah boleh ditunggang untuk perjalanan yang jauh. Lalu, lelaki itu berkata,
“Apa yang boleh aku buat dengan seekor anak unta? Kalau kamu berikan pada aku, tentulah menjadi beban dan hanya menambahkan kesusahan saja, sebab ia masih kecil dan tidak boleh ditunggang.”

Maka Rasulullah S.A.W. berkata,
“Adakah yang melahirkan unta itu selain daripada unta betina? Maka itulah yang mahu aku berikan kepadamu iaitu unta besar yang asalnya dilahirkan oleh ibunya.” [Riwayat Abu daud dan at-Tirmizi dari Anas, Hadis shahih]

Konsep double meaning telah digunakan oleh baginda untuk bergurau. Baginda bergurau tanpa menyelitkan sebarang unsur-unsur penipuan. Sambil menceriakan sahabat, kita juga mengikut sunnah.

Cara Penyelesaian

Oh ya, dalam memelihara lidah, cara terbaik sebenarnya ialah diam. Luqman al Hakim juga pernah menyebut bahawa diam itu adalah kebijaksanaan. Dengan diam, sebenarnya kita dapet mengelakkan dari bercakap perkataan-perkataan yang tidak baik. Bagi yang dah terlepas cakap (ana juga), mari kita beristighfar bersama-sama..AstaghfiruLlah al adzim, allazi la ila ha illa huwal hayyul qayyum wa atubu ilaik. Membaca saiyidul istighfar juga terlebih baik..


"Setiap pembicaraan anak adam adalah (saksi yang) memberatkannya, bukan untuk kebaikannya, kecuali Dzikrullah, Amr Ma'ruf dan Nahi Munkar "...