Wednesday, March 28, 2012

NaSyiD dan IBraH

Tertarik dengan lagu dan lirik yang nyanyiannya disampaikan oleh kumpulan Nowseeheart. BEST!!
Munsyid: Nowseeheart
Lagu : Azahari NSH 
Lirik : Azahari NSH

Sejak dari mula diri berimaginasi 
Disegenap minda gambaran bukan ilusi 
Percaya segala mimpi pastikan menjadi kenyataan 
Semoga Tuhan terangi semua lorong-lorong perjalanan 
Tunjukkan 
Aku mengerti 
Tiada yang lebih upaya dari Nya 
Aku ketahui 
Kepada Nya kita berserah berdoa 
Kurniakan padaku Tuhan 
Satu kehidupan persis perjalanan 
Liku dan berduri menanti seribu halangan 
Tempuhi akan pasti ku berusaha sedaya diri ini
Ku pasti 
Aku mengerti 
Tiada yang lebih upaya dariNya
Aku ketahui 
KepadaNya kita berserah berdoa 
Kurniakan 
Kemenanganku di dunia 
Bila diaturi pencipta 
Tidaklah ku di syurga 
Tanpa menerima rahmat Nya 
Tuhan peliharalah HambaMu ini yang lemah 
Tuhan kurniakanlah ganjaranMu di syurga 
Tuhan tempatkanku di syurga 

(*_~) Teringat pengisian semasa Kem Ibadah di SMK Mutiara Rini baru-baru ni, ustaz cakap sekiranya kita dapat masuk syurga suatu hari nanti semuanya adalah atas rahmat dari Allah. Sebabnya, kita nak bayar segala nikmat yang Allah berikan kat kita di dunia ini pun tak terbayar dengan segala amal ibadah kita yang selalu culas. Nikmat penglihatan pun kita tak mampu nak bayar, apatah lagi dengan segala nikmat yang telah Allah berikan sejak dari saat kita diciptakan.. Maka, nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan? (55:13)