Tuesday, December 27, 2011

::MeManFaaTkaN kuLiT BinaTanG::

AlhamduliLlah, kita masih diberi ruang dan peluang untuk sama-sama berkongsi 'ilmu. Hari ini, ingin berkongsi tentang menggunakan kulit binatang (kecuali anjing dan babi) yang tidak disembelih dengan nama ALlah..Jom kita scroll..

Yang dimaksud haramnya bangkai, hanyalah soal memakannya. Adapun untuk memanfaatkan kulitnya, tanduknya, tulangnya atau rambutnya tidaklah terlarang. Bahkan satu hal yang terpuji, kerana barang-barang tersebut masih mungkin digunakan. Oleh kerana itu tidak boleh disia-siakan. Islam kan menggalakkan umatnya untuk tidak melakukan pembaziran :)..

Ibnu Abbas r.a. meriwayatkan, bahawa salah seorang hamba Maimunah yang telah dimerdekakan (maulah) pernah diberi hadiah seekor kambing, kemudian kambing itu mati dan secara kebetulan Rasulullah berjalan melihat bangkai kambing tersebut, maka bersabdalah beliau:
"Mengapa tidak kamu ambil kulitnya, kemudian kamu samak dan memanfaatkan?" Para sahabat menjawab: "Itu kan bangkai!" Maka jawab Rasulullah: "Yang diharamkan itu hanyalah memakannya." (Riwayat Jama'ah, kecuali Ibnu Majah)
                 
Rasulullah s.a.w. menerangkan cara untuk membersihkannya, iaitu dengan jalan disamak. Sabda beliau: "Menyamak kulit binatang itu berarti penyembelihannya." (Riwayat Abu Daud dan Nasal)
                
Iaitu , bahawa menyamak kulit itu sama dengan menyembelih untuk menjadikan kambing tersebut menjadi halal. Dalam salah satu riwayat disebutkan: "Menyamak kulit bangkai itu dapat menghilangkan kotorannya." (Riwayat al-Hakim)
                 
Dan diriwayatkan pula, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Kulit apa saja kalau sudah disamak, maka sungguh menjadi suci/bersih." (Riwayat Muslim dan lain-lain)
                
Kulit yang disebut dalam hadis-hadis ini adalah umum, meliputi kulit anjing dan kulit babi. Yang berpendapat demikian ialah madzhab Dhahiri, Abu Yusuf dan diperkuat oleh Imam Syaukani. Dan terdapat sesetengah pendapat yang mengatakan kulit babi dan anjing juga masih haram sekiranya disamak kerana asal bagi bahan tersebut adalah haram..Tetapi untuk mengelakkan kita berasa was-was, lebih baik kita elakkan dari melakukannya..Sebagai umat Islam, kita perlu bersikap warak terutamanya dalam perkara-perkara begini..


Tambahan pula, terdapat hadis yang mafhumnya:

Kata Saudah Umul Mu'minin: "Kami mempunyai kambing, kemudian kambing itu mati, lantas kami samak kulitnya dan kami pakai untuk menyimpan korma supaya menjadi manis, dan akhirnya kami jadikan suatu girbah (suatu tempat yang terbuat dari kulit binatang yang biasa dipakai oleh orang Arab zaman dahulu untuk mengambil air dan sebagainya)." (Riwayat Bukhari).

Ini bermakna, sekiranya binatang tersebut tidak disembelih dengan nama Allah (atau dengan kata ringkasnya, bangkai), kulitnya, tanduknya dan lain-lain anggota badannya masih boleh digunakan  (tetapi masih tak boleh dimakan) dengan syarat disamak.

Oh yer, lupa pulak nak beritahu..bagi mereka yang suka makan kulit lembu (kena jemur dan rebus lama sket) mestilah makan kulit lembu (yang telah disembelih dengan nama ALlah yer..yang disamak masih tidak boleh dimakan sekiranya tidak disembelih dengan nama ALlah:)..

 Saya paww gambar ni dari web blog www.tiffinbiru.com

yummy2

SAMAK
·         Samak ialah menyucikan sesuatu daripada kulit binatang dengan menggunakan bahan-bahan yang bersifat tajam (peluntur) seperti tawas, garam, kapur, akar kayu, bahan kimia dan sebagainya.
·         Bahan-bahan tersebut dapat menanggalkan dan menghilangkan semua kekotoran, lemak, bisa dan lendir yang mengandungi kuman-­kuman penyakit yang melekat pada kulit binatang tersebut.
·         Antara bahan yang digunakan untuk samak:
ü  Tahi burung merpati

ü  Buah manjakani

ü  Tawas


 Cara-cara menyamak:
  1. Buang lendir, darah, lemak dsb yang terdapat pada kulit
  2. Gosok kulit tersebut dengan bahan yang bersifat tajam yang menghilangkan baki lendir, darah dan lemak.
  3. Jemur kulit yang telah disamak di bawah panas terik matahari. 
Oh yer, samak juga berbeza dengan sertu (istilah)..Di bawah ni la apa yang dimaksudkan dengan sertu..
SERTU
·         Sertu ialah menyucikan sesuatu daripada najis mughalazah iaitu anjing, babi dan keturunannya.
·         Najis Mughalazah hendaklah disuci dengan membasuhnya menggunakan air mutlak sebanyak enam kali dan satu kali dengan air tanah.
·         Menyucikan najis mughalazah dengan mengguna­kan tanah bertujuan untuk menghilangkan kuman-kuman penyakit yang terdapat pada badan binatang najis mughalazah. Mengikut ilmu kedoktoran, kuman-kuman penyakit yang terdapat pada najis mughalazah tidak dapat disucikan melainkan dengan menggunakan tanah.

 
HIKMAH SERTU DAN SAMAK
 
1.  Dapat menghilangkan kuman-kuman penyakit yang terdapat pada kulit-kulit binatang.
2.  Supaya manusia dapat menggunakan kulit-kulit binatang dengan selesa dan bersih.
3.  Menunjukkan bahawa Islam agama yang mementingkan kebersihan dalam penggunaan
semua peralatan harian.
4.  Supaya orang Islam sentiasa berhati-hati menggunakan bahan-bahan keperluan dalam kehidupan mereka.
5.  Menunjukkan bahawa Islam memberikan kemudahan menggunakan bahan-bahan yang ada di sekeliling mereka asalkan dengan cara yang halal serta Islam tidak menggalakkan pembaziran.
6.  Terhindar daripada dijangkiti oleh sebarang kuman penyakit.